Konco-konco ku

Monday, March 12, 2012

KHAYALAN PEMBANGKANG MENUJU PUTRAJAYA

Saban hari pembangkang mengembar-gemburkan pelbagai isu yang mereka dakwa sebagai perbuatan rasuah dan penyelewengan yang dilakukan oleh kerajaan. Dari isu projek ternakan lembu NFC, skim saraan perkhidmatan awa hinggalah ke projek pembinaan lebuh raya, semuanya ditohmah mereka mempunyai unsur rasuah dan salah guna dana awam.

Pada fikiran pembangkang,, hanya mereka sahajalah yang 'maksum' daripada segala dosa dan pemimpim-pemimpin pembangkang sahajalah yang layak bersih dari gejala rasuah, penyelewengan, kronisme dan nepotisme.

Malah pentadbiran negeri yang diperintah pembangkang juga diwar-warkan oleh mereka sebagai pentadbiran paling bersih, telus dan cekap di negara ini! Apa tidaknya Pakatan Rakyat Selangor mendabik dada mampu menarik pelaburan paling tinggi di Malaysia tetapi lupa ia hanya menumpang keyakinan yang telah dibina Barisan Nasional sejak lebih 50 tahun lalu. Begitu juga pembangkang kata ia menjalankan pentadbiran yang telus dan bebas rasuah tetapi sejak 2008, lebih satu juta tan pasir dicuri di bawah pengawasan anak syarikat kerajaan negeri. Malah dua orang ADUN PKR juga turut didakwa menerima rasuah untuk melobi bagi sebuah syarikat kroni. Rakan kongsi PKR, PAS juga tidak kurang hebatnya dalam menipu rakyat.

Setiap tahun kerajaan pusat menyalurkan ratusan juta peruntukan untuk projek pembekalan air minum bersih di Kelantan, namun setelah 20 tahun diperintah parti yang kononnya memperjuangkan Islam, rakyat negeri itu terus dinafikan kemudahan asas tersebut. Ke mana wang ratusan juta yang digunakan oleh tok-tok dan ustaz-ustaz PAS yang berdegar-degar melaungkan slogan Islam dan ceramah yang padat dengan nasihat agama? Bagi PAS, mereka sahajalah yang layak masuk syurga kerana Mursyidul Am mereka, Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan fatwa bahawa undi PAS masuk syurga.
Malah kedudukan Nik Aziz sebagai manusia biasa dinaikkan pangkat sebagai Tok Guru oleh pengikut-pengikutnya yang fanatik.

Lebih teruk daripada itu seorang pak lebai PAS telah mengangkat lagi status Nik Aziz kepada taraf Nabi baru-baru ini dalam satu ceramah. Rakan Pakatan Rakyat yang ketiga pula DAP secara senyap cuba melemahkan kuasa politik Melayu dengan menampilkan wajah parti itu sebagai sebuah parti yang benar-benar mempertahankan Islam, Melayu dan institusi raja.

Hakikatnya DAP adalah sebuah parti sosialis yang paling rasis dan berasaskan cauvinisme perkauman Cina yang pekat. Wayang yang dimainkan oleh DAP hanyalah cubaannya untuk menangguk di air keruh untuk keuntungan politik mereka. Sandiwara yang dimainkan oleh pembangkang mentohmah kerajaan dan pemimpin-pemimpin negara hanyalah satu taktik persepsi yang dimainkan mereka.

Dengan memainkan isu-isu rasuah dan penyelewengan mereka merancang untuk mengelirukan pandangan dan persepsi rakyat terhadap kerajaan dan dalam proses itu berharap mendapat undi pada pilihan raya umum nanti. Samada benar atau tidak dakwaan yang dibuat tidak dipedulikan pembangkang, yang penting dapatkan kuasa. Samada tindakan memfitnah kerajaan akan merosakkan ekonomi negara dan keyakinan pelabur asing tidak juga dipedulikan pembangkang kerana tujuan mereka ialah untuk memalukan kerajaan di peringkat antarabangsa. Sebenarnya pembangkanglah adalah ejen perosak negara sebenarnya.

Mereka tidak mempunyai semangat patriotik dan cintakan negara dengan mensabotaj segala usaha kerajaan untuk memperbaiki taraf kehidupan rakyat.

Kejayaan yang ditempa BN sejak merdeka membangunkan negara dengan susah payah dan perit getir hingga ke tahap yang amat membanggakan dunia kini diancam oleh fitnah pembangkang yang bertubi-tubi. Rakyat kini sedar dan menaruh penuh keyakinan dengan kerajaan  yang sediada untuk terus membela nasib mereka. Khayalan yang di bawa oleh pembangkang hanyalah merupakan mimpi siang hari yang menjadi igauan pedagang mimpi.


No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...