Konco-konco ku

Thursday, March 15, 2012

SURAT DARI PEMBACA, TEKA-TEKI SIAPA GANTI SHARIZAT??


Umum sudah pun mengetahui bahawa Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akhirnya memutuskan akan mengundur diri daripada memegang jawatan itu sebaik sahaja penggal keanggotaannya selaku Ahli Dewan Negara tamat pada 8 April ini.
Persoalannya, siapakah yang bakal menggantikan Shahrizat untuk jawatan tersebut?

Kini timbul pelbagaian andaian, spekulasi dan khabar angin mengenai calon yang dilihat paling tepat untuk menggantikan Ketua Pergerakan Wanita UMNO itu dalam kabinet.

Sembang-sembang politik mengatakan ada tiga nama besar yang mungkin akan menjadi pilihan Perdana Menteri untuk mengisi kuota wanita itu dalam Jemaah Menteri.

Dan jangan terkejut, Tan Sri Rafidah Aziz kemungkinan akan membuat ‘come back’ diikuti dua nama lain iaitu Naib Ketua Wanita UMNO, Datuk Kamilia Ibrahim dan Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.
*********************************
Desas-desus tentang siapa pengganti Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Sharizat Abdul Jalil sudah semakin kerap bermain dimulut-mulut pemerhati politik. Saya bukan hendak menidakkan sumbangan dan bakti yang dicurahkan kepada tiga orang pemimpin wanita seperti nama-nama di atas. Namun adalah lebih sesuai jika kita beri peluang kepada 'winnable candidate' seperti saranan PM Najib untuk menstabilkan kembali Barisan Nasional di mata rakyat Malaysia.

Yang Berhormat Datuk Noriah binti Kasnon, Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Teknologi Hijau selaku Ahli Parlimen Sungai Besar. Saya nak naikkan nama beliau bukanlah hendak melobi atau apa.

YB Noriah amat disenangi oleh masyarakat setempat khususnya di Parlimen nya juga amat bersungguh-sungguh untuk merealisasikan setiap amanat PM kepadanya. Siapa yang tak kenal dengan YB Noriah? Suka merendah diri, peramah, periang dan selalu ceria di hadapan penduduk setempat. 

Saya respect dengan YB Noriah sebab beliau tak tahu penat lelah. Kalau nak diikutkan kudrat seorang wanita apa lah sangat tetapi itulha YB Noriah yang bertungkus lumus siang dan malam untuk bekerja kepada rakyat. Pernah juga bertanya kepada SUSK YB, "Hari ini YB pergi berapa tempat?" dengan termengah-mengah SUSK YB mengatakan pada hari ini sahaja YB Noriah telah menghadiri 10 program anjuran penduduk sekitar Parlimen Sungai Besar. Begitu gigih YB Noriah dalam mengembalikan kepercayaan rakyat kepada Barisan Nasional.

Dulu jadi Setiausaha Menteri, sekarang jadi Timbalan Menteri, akan datang jadi Menteri. InsyaAllah.

YB Datuk Noriah, sebagai anak tempatan Sungai Besar, saya akan menyokong YB. 
Yang Ikhlas.
-Pengundi Tegar Sungai Besar

3 comments:

  1. Saya undi Yb Tenggara :)

    ReplyDelete
  2. Kalau memandangkan senario politik semasa, jawatan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat mungkin tidak akan diisi sehingga selesai PRU. Berkemungkinan ianya dipangku oleh salah seorang menteri kanan. Sekiranya dilantik, ia seolah-olah DS Najib menunjukkan siapa bakal Ketua Wanita. Itu pandangan saya.

    ReplyDelete
  3. Kalau dipandang atas dasar keupayaan bersama rakyat, maka YB Dato Noriah adalah calun yg paling tepat. Berjiwa dan berhati rakyat, disenangi oleh rakyat samaada dikawasan atau luar kawasan beliau.

    ReplyDelete

comment please.....