Konco-konco ku

Tuesday, March 20, 2012

PEMBANGKANG PENGECUT!! FUZIAH THORON TERUS MENIPU RAKYAT!!


KUALA LUMPUR, 20 MAC : Pembangkang hari ini bertindak keluar dari Dewan Rakyat sebagai menunjukkan protes terhadap penubuhan Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) bagi mengkaji Projek Lynas Advanced Materials Plant (LAMP) selepas perbahasan usul itu petang tadi.

Majoriti Ahli Parlimen Pembangkang keluar selepas Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee mahu menjalankan proses undi di kalangan wakil rakyat.

Pihak pembangkang yang tidak bersetuju dengan penubuhan PSC itu menyifatkannya sebagai helah kerajaan akhirnya mengambil tindakan untuk memprotes jawatankuasa tersebut dengan keluar Dewan Rakyat secara beramai-ramai.

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kemudiannya mengadakan sidang media khas di lobi Parlimen bagi menzahirkan kekecewaannya terhadap tindakan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang tetap mahukan PSC tersebut diadakan.

"Kita dengar jelas tadi daripada pembahas dan pernggulungan tadi bahawa kita tidak ada 'term of reference', tiada penjelasan yang jelas mengenai rujukan itu, di dalam kertas usul itu mengatakan melihat kepada tahap keselamatan dan tiga isu mengenai keselamatan dan prihatin kita. 

"Dan melihat kepada tempoh tiga bulan, itu sahaja yang dikatakan di dalam usul tadi," katanya.

"Apabila kita bercakap sama ada Perdana Menteri akan akur, kita jelas mendengar jawapan daripada YB Menteri, dia mengatakan Perdana Menteri perlu bersikap neutral bagaimanapun pada pendapat saya Perdana Menteri tidak memberikan sebarang komen, dia akan cakap saya serahkan kepada PSC, itu yang apa mereka akan lakukan," katanya.

Perbahasan usul berhubung PSC LAMP itu dibawa oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

Penubuhannya bertujuan bagi meneliti isu-isu yang menjadi perhatian awam dan bersabit soal keselamatan dalam projek tersebut. 

Bagaimanapun wakil-wakil pembangkang enggan PSC ditubuhkan kerana beranggapan ia hanya untuk menutup keburukan pusat nadir bumi milik syarikat Australia itu. 

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad pula menyifatkan hari ini adalah hari yang menyedihkan buat rakyat Malaysia sekiranya projel LAMP itu akan diteruskan.

"Saya rakamkan ia adalah hari yang sangat sedih buat rakyat Malaysia, tiga kali mereka buat silap. Pertama hanya selepas siap 50 peratus daripada kilang tersebut baru orang Malaysia tahu ada projek Lynas ini itu pun selepas mengikut laporan New York Times pada Mac 2011 lalu," katanya.

Jawatankuasa LAMP yang sudahpun diluluskan diberi tempoh selama tiga bulan untuk menjalankan tugas dan akan dianggotai oleh sembilan Ahli Parlimen iaitu lima daripada Barisan Nasional (BN), tiga mewakili pembangkang dan seorang wakil Bebas.

Ia akan dipengerusikan oleh Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.-AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...