Konco-konco ku

Monday, March 19, 2012

PENDEDAHAN : BILIK GERAKAN CYBERTROOPERS PEMBANGKANG DIKENAL PASTI!

JawaBernam baru mendapat maklumat yang amat mengejutkan semalam. Setiba nya JawaBernam pulang ke kampung, ada beberapa orang sahabat memberitahu yang Pusat Jalur Lebar Komuniti milik Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan di kawasan Sekinchan telah dijadikan markas cybertroopers pembangkang terutama dari PAS dan PKR. 

Dikhabarkan, setiap malam akan berduyun-duyunlah kereta dan motor datang ke sini untuk menggunakan khidmat komputer dan jalur lebar. Mereka juga didakwa mengadakan mesyuarat cybertroopers mereka di sini dan bekerja menghasut dan memfitnah kerajaan Barisan Nasional melalui kemudahan yang disediakan.

Inilah pemikiran kelabu si pembangkang. Tanpa berterima kasih kepada kerajaan yang telah menyediakan khidmat internet di kampung malah membuat fitnah dan menyerang kerajaan. Difahamkan, Pengurus kepada Pusat Jalur Lebar ini adalah anak seorang tokoh pembangkang dikawasan ini. 

1 comment:

  1. nasiblah..sapa suruh bagi jawatan pada puak pembangkang..

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...