Konco-konco ku

Friday, September 7, 2012

BERUNTUNGNYA JADI PETANI FELDA, SUBSIDI SEUMUR HIDUP.

Beribu malah berjuta ringgit telah diberikan kepada peneroka Felda. Malah menjadi anak emas kepada Perdana Menteri Malaysia. Ada juga yang telah menjadi kaya raya kerana pendapatan yang melimpah ruah kerana berkat dari ladang Felda.

Kadang-kadang terdetik juga kat hati beruntungnya jadi anak Felda kan? Mak bapak hidup senang, banyak juga kemudahan yang dapat walau duduk dalam ladang kelapa sawit.

Ikut dari cerita seorang pakcik yang duduk di Felda Soeharto, dulu dia mana ada tanah jadi dia hantar permohonan minta tanah kat kerajaan, tak lama lepas tu dapat lah mereka anak beranak tanah dan duduk free kat perkampungan Felda yang turut menempatkan pemohon Melayu lain. 

Tak macam peladang sawit sendiri berhad, peneroka Felda dapat gaji bulan tapi peladang biasa kena redah semak samun, banjir, nak keluarkan hasil dan jual barulah dapat duit. 

Itu tak masuk lagi yang kena sengat tebuan, ular, kala jenking dan kena kejar babi hutan. Teruk peladang biasa macam orang kampung JB ni. Ingat senang ke cari duit kat kampung? Try la.

Orang Felda juga yang untung, dulu memang la rumah kecik tapi tengok la sekarang, gila besar beb. Tak caya? Pergi la Felda mana-mana kat Pahang nun.. Ada lagi ke rumah kecik?

Lagi baru-baru ni siap dapat RM15,000 satu keluarga Felda. Nak apa lagi? Saham FGVH pun sekarang dah bertambah galak naik mencanak tau. Tangga kedua selepas Facebook di pasaran dunia tau tak.

Ok lah. Sampai sini dulu intro untuk Felda. JB buat artikel ni sebab ada lagi mulut jahat yang mengata macam-macam pasal Felda. Konon hidup miskin padahal, lagi kaya dari peladang kelapa sawit kampung. Sedar lah warga Felda...

2 comments:

  1. itu pon masih ada yang x tau diuntung....x sedar diri...datang dengan kesusahan dan kedaifan..diberi tanah dan bantuan ,bila dah senang mengigit tangan orang yang memberi pula...
    maanusia jenis apakah mereka ini..

    ReplyDelete
  2. woowww.. saham FGVH naik mencanak ke?? huhuhui.. nyatanya merudum..

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...