Konco-konco ku

Friday, September 7, 2012

@ABBY_ABADI112 KEMBALI DIKRITIK!! KALI INI @REALDRMAZA KASI HENTAM!!!

Setelah sekian lama cerita berkenaan artis popular PAS ini senyap sunyi, baru-baru ini cerita individu yang digelarkan ustazah segera kembali menerobos halwa telinga kita tapi bukan ahli politik yang berbunyi, bekas mufti yang tegur.

Dr Asri dalam satu kenyataan di laman blognya hari ini telah membidas Pas didalam isu bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi yang menyertai parti tersebut baru-baru ini. 
Bekas Mufti Perlis tersebut mempersoalkan pihak PAS yang memberikan platform kepada Abby untuk bercakap tentang isu-isu berkaitan dengan Islam dan politik tanpa sebarang ilmu dan pendidikan yang selayaknya. 
"Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’.., kata beliau. 
"Mereka mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur. 
"Jika ‘ustaz’ dibayar seratus dua, tetapi artis yang bercakap Islam dibayar beberapa ribu ringgit satu ceramah. Namun jika artis lelaki, ataupun artis wanita yang ‘kurang comel’, tidaklah seberapa sambutan dan bayarannya. 
"Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan. 
"Politik memerlukan kefahaman tentang maslahah dan maqasid syarak. Suatu ilmu yang memerlukan banyak latar pengetahuan yang baik. 
"Namun, jika artis masuk parti politik, segala kesarjanaan itu seakan diberikan kepadanya. Ini memang tanda-tanda akhir zaman.." katanya lagi.

Itulah antara dialog pedas dari Dr. MAZA.

Terdengar dari kem PAS sendiri yang ada segelintir ahli dan pemimpin PAS tidak begitu berkenan tentang bayaran yang diterima oleh Abby dan Azhar Idrus. Penceramah yang memang ustaz dibayar ciput tapi bila tiba giliran dua artis expired ni, beribu-ribu dapat siap boleh beli kereta mewah lagi.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...