Konco-konco ku

Monday, May 7, 2012

KRISIS AIR 2014: KERAJAAN PAKATAN JANGAN TERLALU ANGKUH, FIKIR NASIB RAKYAT SELANGOR!

Ahad yang lepas sekumpulan bloggers Selangor telah datang dan mendengar sendiri tentang krisis air yang bakal terjadi jika tidak diselesaikan dengan segera. Selangor sebagai salah sebuah negeri perindustrian terbesar di Malaysia akan terjejas sumber air jika kerajaan Selangor dibawah pakatan tidak mengambil inisiatif yang serius dalam hal ini.

Rakyat Selangor kerap digembar-gemburkan dengan air percuma yang diberi oleh kerajaan Selangor sebagai satu gula-gula politik pilihanraya. Tetapi hakikat sebenar yang tidak terlihat oleh rakyat ialah krisis air yang bakal terjadi tahun 2014. Keangkuhan kerajaan pakatan harus diturunkan kerana jika tiada tindakan yang dibuat, SYABAS akan lepas tangan dan kerajaan Selangor perlu menanggung kesengsaraan rakyat Selangor.


Kenapa SYABAS tidak berkemampuan ?? Jawapannnya sumber air di Selangor hanya terhad untuk 2014 sahaja , SYABAS tidak berani mengambil risiko untuk memberi komitmen kerana ketiadaan sumber air terawat yang baru ! Mereka mungkin bakal dikenakan tindakan undang2 oleh kilang2 ini jika gagal membekal air selepas memberi komitmen membekalkan air. 

Sebenarnya kerajaan persekutuan Barisan Nasional melalui Kementerian Air dan Tenaga telah memberikan penyelesaian iaitu dengan melaksanakan Projek Penyaluran Air Pahang - Selangor dan pembinaan loji rawatan air Langaat 2 . Namun projek yang telah bermula sejak tahun 2009 ini sekarang telah tergantung akibat dari kerenah politik kerajaan PR Selangor. Rakyat Selangor harus bangkit demi mengelakkan krisis tahun 2014 ! Kerajaan PR Selangor harus didesak untuk meluluskan penggunaan tanah bagi projek ini . Masa  sedang berjalan kita hanya ada 1.5 tahun untuk menuju tahun 2014 ! Kalau air di Selangor dah tak cukup, boleh lagi ke kita dapat bil air percuma untuk 20m3 yang pertama ?? Fikir-fikirkan lah ..

Rujukan Sumber

No comments:

Post a Comment

comment please.....