Konco-konco ku

Wednesday, May 30, 2012

RPK BAKAL DEDAH SKANDAL ANWAR & AZMIN!!!

Penulis blog Malaysia Today Raja Petra Kamarudin mendakwa memiliki 'fail rahsia' mengenai Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali ketika beliau masih berada dalam kerajaan pada 1995.
   
Dalam entri terkini bertajuk "MACC 'Deep Throat' comes out of the closet" (Pemberi maklumat SPRM dedah identiti diri), Raja Petra atau lebih dikenali sebagai RPK, mendedahkan beliau diberi pelbagai fail dan dokumen oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang sudah bersara satu ketika dulu.   
   
RPK mendakwa kertas siasatan dan fail terbabit adalah mengenai Azmin yang merupakan setiausaha sulit kepada Timbalan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
   
Beliau menegaskan fail terbabit menunjukkan dakwaan pelbagai transaksi saham, hartanah dan kenderaan bernilai jutaan ringgit.
   
RPK berkata fail berkenaan bertarikh sejak 17 tahun lepas ketika SPRM masih dikenali sebagai Badan Pencegah Rasuah. - Bernama

p/s: RPK yang dahulunya orang kanan Anwar dikhabarkan akan membuat pendedahan semua cerita belakang tabir Anwar dan Azmin sedikit demi sedikit. Mula-mula dedah fail sulit,selepas ini dedah siapa yang bisexual. Mampos la Anwar!!!!

1 comment:

  1. Alhamdulillah..sudah nampak kebenarannya sekarang. Kepada pihak SPRM dan rakyat jelata sila buat laporan polis mengenai penyalah gunaan kuasa oleh Datok Bekas Pengaran BPR Shafie untuk didakwa di mahkamah. Biar Mahkamah yang menjatuhkan hukuman. Mohon Pendakwaraya Dato Shafie Abdullah mengendalikan kes ini.Tkans to RPK.

    ReplyDelete

comment please.....