Konco-konco ku

Wednesday, May 30, 2012

EDISI DEDAH!! LIM KIT SIANG ADA SAHAM DALAM KRISIS AIR 1998!!

Krisis air yang sedang hangat dibincangkan dan terus mendapat tentangan maha dahsyat dari seorang MB yang sombong bakal membuatkan rakyat Selangor terus dirundung kebimbangan saban hari. Hampir setiap hari menghitung bulan untuk bertukar kerajaan yang betul-betul mementingkan nasib rakyat dari kroni sendiri. Hampir tiap jam juga mengenang nasib akan penyesalan memangkah pakatan haram bagi memerintah Selangor.

Flash-back kembali pada tahun 1998 yang mana perkara ini pernah mendapat tempat di akal fikiran Lim Kit Siang yang begitu risau tentang krisis air 1998 yang pada masa itu Selangor ditabdir oleh MB Datuk Abu Hassan Omar. 'Water Shortage Crisis Forum' yang diilhamkan oleh Council for Justice, Freedom, Democracy and Good Governance di Selangor Chinese Assembly Hall, KL. Mungkin Lim Kit Siang sudah lupa. Mungkin juga Khalid belum ambil tahu langsung tentang perkara ini.

(Sila Klik)
MB Selangor, Abu Hassan Omar dan Sammy Vellu yang ketika itu Menteri JKR telah dijemput oleh Lim Kit Siang untuk bersama-sama panel yang lain antaranya Mat Sabu, Lim Guan Eng, dan beberapa pemimpin parti pembangkang yang lain. Forum ini adalah untuk membincangkan cara yang terbaik untuk mengatasi krisis air di Selangor. Tetapi oleh kerana masa ini parti pembangkang tidak berpuas hati dengan beberapa usul yang tidak memihak kepada mereka, maka kesimpulan yang boleh dibuat adalah forum atau perbincangan ini tidak mendapat kata putus dari semua panel terlibat.

Begitu juga hari ini yang mana kita dapat lihat ego Khalid sebagai MB Selangor tidak mahu langsung bekerjasama dengan Kerajaan Persekutuan yang ingin membantu rakyat Selangor mendapatkan bekalan air yang berterusan. Malah lebih membimbangkan adalah sifat tidak terbuka Khalid dalam menangani isu air dan bertekad untuk membina sendiri loji pembersihan air sendiri dan terus membelakangi loji air Sungai Langat 2 yang telah mula dibina.

Alasan untuk mengkayakan kroni BN adalah alasan paling bodoh kerana Kerajaan Persekutuan mengambil berat akan nasib yang bakal menimpa lebih 500,000 penduduk Selangor sebelum krisis air 2014 tidak ditangani dengan segera. Ketidak prihatinan Khalid tentang krisis air bakal mengakibatkan Selangor sebagai negeri industri termaju di Malaysia akan kehilangan pelabur-pelabur sedia ada akibat ketiadaan air untuk mereka beroperasi. Fikirkan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...