Konco-konco ku

Sunday, May 27, 2012

APA YANG TAK ADA PENGISIAN KEROHANIAN DI #HBN2012

Gila tak ada modal dah puak pencacai pakatan ni. Hari Belia Negara 2012 dikatakannya tiada pengisian kerohanian sepanjang program berlangsung selama 5 hari di Putrajaya. Apa dah habis idea nak fitnah benda lain ke? Ya! memang HBN2012 untuk belia yang kebanyakannya suka akan hiburan tetapi Kerajaan Barisan Nasional tidak pernah meminggirkan aspek kerohanian yang perlu diterapkan ke dalam jiwa anak-anak muda Melayu yang hadir.

Jangan cakap tanpa bukti beb! Datang sini tengok segala program yang berlangsung sepanjang hari. JB ada di sini sejak 2-3 hari lepas, bermacam-macam aktiviti kerohanian yang JB lihat. Sebagai contoh, malam Jumaat yang lepas di tapak Bee Ant Blues Port mereka mengadakan aktiviti bacaan Yassin secara berjamaah di surau yang disediakan. Di pentas utama pula berlangsungnya persembahan dari kumpulan nasyid yang berdakwah melalui muzik.

Apa lagi yang kurang dipandangan pakatan ni? Tak kan nak panggil Azhar Idrus buat ceramah maki hamun baru boleh dipanggil ada pengisian agama? Lagi rasa berdosa ada la bila dengar Azhar Idrus menipu dan memaki hamun yang bukan-bukan kepada kerajaan Islam Malaysia.

Kalau tak caya jugak, korang boleh tanya dekat Ahli Parlimen PAS Hulu Langat, Dr. Che Rosli yang sempat meluangkan masa hadir di Hari Belia Negara. Tanya sendiri pengalaman beliau ke sini.

Lagi berita di SINI

No comments:

Post a Comment

comment please.....