Konco-konco ku

Thursday, May 31, 2012

EKSKLUSIF!! PUSAT URUT DAN PUB BAGAI CENDAWAN DI SEKINCHAN!!



















Semenjak kerajaan pakatan memerintah Selangor, pelbagai 'pembangunan' yang telah dibuat untuk 'menyenangkan' rakyatnya. Dengan berbagai infrastruktur yang telah dibina membuatkan penduduk sekitar tidak senang duduk.

Pembangunan yang dinyatakan oleh pakatan adalah kelulusan secara pukal premis rumah urut di sekitar Selangor. Kita ambil skop yang kecil sebagai contoh. Sekinchan, dengan kepadatan penduduk lebih kurang 15,000 orang yang majoritinya masih masyarakat dari kaum Melayu, rumah urut dipekan Sekinchan bagaikan sudah menjadi kebanggaan kepada kerajaan Selangor.

Dengan lapan buat pusat urut yang berselindungan menawarkan urut kaki refleksologi di sekitar pekan kecil ini, Majlis Daerah Sabak Bernam harus berbangga kerana ekonomi penduduk sekitar dapat dijana. Ini adalah antara kejayaan kerajaan Selangor mentadbir. Ini baru sekinchan belum lagi bandar-bandar besar yang ada dalam jajahan pakatan. Fikirkan.

1 comment:

  1. WAH HEBAT RUPANYA SEKINCHAN SEKARANG MEMBANGUN DENGAN MAKSIAT....ASTAGFIRULLAH....APA NAK JADI???

    ReplyDelete

comment please.....