Konco-konco ku

Thursday, May 31, 2012

SELANGOR BUSUK!!! KHALID GAGAP LAGI BUSUK!!!


SHAH ALAM: Persatuan Kontraktor Sisa Pepejal Selangor mempertikaikan tindakan kerajaan negeri mencampur-adukkan politik dalam hal pengurusan sampah di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebaliknya  digesa menumpukan perhatian kepada usaha penambahbaikan pengurusan sisa pepejal domestik yang menjadi masalah utama negeri itu.

"Parti (politik) adalah kebetulan. Ia perlu diberi kepada orang yang berkemampuan, ada kemudahan dan pengalaman. Kalau dituduh orang itu BN (Barisan Nasional), orang ini BN, Selangor tidak akan maju. Sekarang ini pun sudah mundur. Kalau dibandingkan semasa Alam Flora ambil alih, kutipan semua berjadual," kata wakil persatuan itu kepada AntaraPos.com.

Turut dipertikaikan tahap kewibawaan kontraktor yang dipilih oleh kerajaan negeri dari aspek kemampuan untuk melaksanakan kerja.

Malah wujud juga dakwaan bahawa urusan pengurusan sampah diserahkan terus kepada kontraktor yang terlibat oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) tanpa pengawasan sebagaimana sebelumnya.

"Kita melaluinya, umpamanya di Selayang kontraktor lama semua tidak dapat sambung. Tetapi apabila kontraktor baru yang dapat, mereka tidak dapat jalankan kerja-kerja dan meminta kontraktor lama yang dilabel BN itulah yang membantu untuk 3 bulan ini," katanya lagi.

Justeru persatuan tersebut menggesa agar kerajaan negeri bersikap adil dan tidak "memilih bulu" dalam melantik kontraktor sisa pepejal yang baru.

"Selepas 3 bulan ini kita tidak tahu hala tuju kita sebab kontraktor ini hanya untuk sementara waktu. Bagi saya, saya rasa cara ini tak baik kerana kontraktor yang dituduh BN ini telah banyak membantu.

"Politik dan kerja sepatutnya tidak boleh dicampur aduk. Pihak yang berkemampuan sepatutnya terus diberi tempat dan mempunyai pengalaman. Kalau diberi pada orang baru biar peratusnya rendah. Kita mesti ada pelapis."

Pengurusan sisa pepejal negeri Selangor menjadi perhatian apabila kerajaan negeri itu mengambil keputusan pada April lalu untuk memecat Alam Flora Sdn Bhd yang sebelum ini diberi mandat menyelenggara kebersihan alam sekitar.

Tanggungjawab tersebut menurut Khalid akan diserahkan kepada 12 pihak berkuasa tempatan (PBT) negeri Selangor.

Malah Abdul Khalid turut mendakwa kontraktor-kontraktor di bawah Alam Flora adalah kroni Umno-Barisan Nasional (BN).-AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....