Konco-konco ku

Thursday, May 24, 2012

RM50 UNTUK KANAK-KANAK SELANGOR!! KERAJAAN SELANGOR BAGI GULA-GULA PADA BUDAK-BUDAK!!!



SHAH ALAM: Setelah berulang kali ditegur kerana tidak melaksanakan janji manifestonya, kerajaan negeri Selangor hari ini mengumumkan pemberian elaun tadika RM50 sebulan kepada 3,000 kanak-kanak mulai Julai ini.

Peruntukan RM150,000 sebulan di bawah Skim Tunas itu diumum Ahli Exco negeri, Dr Halimah Ali pada sidang media petang tadi di sini selepas mesyuarat EXCO kerajaan negeri.

Halimah mendakwa bantuan RM50 itu akan membantu “ibu-ibu muda yang tertekan dengan kenaikan harga barang".

Menurut beliau,  bantuan itu akan diberikan kepada isi rumah yang berpendapatan kurang daripada  RM1,500 sebulan.

Beliau tidak menyatakan bagaimana kerajaan negeri akan memilih 3,000 kanak-kanak itu ataupun butiran isi keluarga di Selangor yang masih mempunyai pendapatan kurang RM1,500.

Selangor mempunyai ratusan tadika di bandar dan luar bandar.

Pada tahun 2008 sahaja, sebanyak 411 kemudahan pra-sekolah kerajaan beroperasi dengan purata 20,550 murid atau 50 murid  setiap tadika.

Justeru tiga ribu murid yang disasarkan tidak mencapai lima peratus daripada jumlah pelajar tadika.

Sebelum ini  kerajaan negeri Pakatan Rakyat Selangor dibidas kerana gagal melaksanakan lapan janji utama manifesto pilihanraya umum 2008.  

Terbaru adalah apabila Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata Parti Keadilan Rakyat gagal menunaikan janji untuk membela kanak-kanak tadika di Selangor tetapi kini mendakwa mahu membela  nasib pelajar universiti pula dengan memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Susulan kenyataan Khairy itu semalam, Halimah mengumumkan skim Tunas dengan peruntukan terhad itu.

Beliau juga menafikan pihaknya gagal menunaikan janji.

"Sebenarnya perancangan kerajaan Selangor…. ada jangka pendek, jangka panjang, ada yang didahulukan, ada yang dikemudiankan, ada yang kritikal hendak dilaksanakan. Ada sebab kita buat yang mana dulu, dan yang dikemudiankan," katanya.

Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan kenapa kerajaan Selangor menunggu empat tahun untuk memgumumkan pemberian RM50 sebulan, itu pun hanya  untuk 3,000 kanak-kanak tadika.-AP

No comments:

Post a Comment

comment please.....