Konco-konco ku

Monday, May 21, 2012

MUFTI BUKAN TUHAN!! BUKU JINGGAY GANTI AL-QURAN!!


Penulis penuh kontroversi, Irshad Manji menolak fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam negara ini menyertai demonstrasi seperti himpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Beliau berpandangan fatwa adalah pandangan ulama semata-mata dan ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.

“Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan,” kata Irshad dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Meneruskan wawancara, pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.

“Anda bukan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan,” kata Irshad sinis.

Beliau sebaliknya menggesa umat Islam kembali kepada Al-Quran yang menuntut penganutnya berfikir sebagai satu wadah untuk meningkatkan keimanan.

“Jika lebih ramai orang Islam faham beza di antara ulama dan Allah, kita akan mengizinkan diri kita melaksanakan perkara yang dianjurkan Al-Quran iaitu berfikir untuk diri sendiri bagi meningkatkan keimanan kita,” katanya yang percaya Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal untuk umat Islam.

SEBELUM INI, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak akan membenarkan sebarang program yang membabitkan Irshad Manji diadakan di negara ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata pihaknya memandang serius terhadap perkara itu dan meminta semua jabatan agama di setiap negeri menghalang sebarang program membabitkan wanita itu daripada berlangsung.

Beliau berkata, Manji, 48, datang ke negara ini bagi tujuan melancarkan buku terbarunya bertajuk ‘Islam, Liberty and Love’ yang dipenuhi unsur penghinaan terhadap Islam serta perjuangannya dalam mempertahankan cara hidup sebagai seorang lesbian.

“Kerajaan amat memandang serius terhadap ideologi yang dibawa oleh Irshad Manji dan implikasinya terhadap umat Islam di negara ini,” katanya.

Katanya, ideologi tersebut jelas bertentangan dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam berdasarkan Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan (Islam sebagai Agama Persekutuan), Akta dan Enakmen Agama Islam negeri-negeri, undang-undang sivil dan norma masyarakat.

Jamil Khir berkata, Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang turut dianggotai Malaysia menolak orientasi seksual yang mendukung LGBT sebagaimana yang ditegaskan dalam persidangan Sesi ke-19 Majlis Hak Asasi Manusia, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 7 Mac lalu di Geneva, Switzerland.

Justeru, beliau menyeru umat Islam di negara ini sentiasa peka dan berhati-hati supaya tidak terpengaruh dengan fahaman ideologi yang dibawa oleh kumpulan dan individu tersebut.

Ini kerana beliau khuatir akan menyentuh sensitiviti agama serta menjadi provokasi serius terhadap umat Islam secara harmoni di bawah naungan institusi Raja-Raja Melayu, Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang negara ini.

Manji adalah seorang muslim berfahaman liberalismie, pluralisme dan feminisme dan dia adalah pendukung LGBT di peringkat antarabangsa.

Dia pernah mengarang sebuah buku yang menimbulkan kegelisahan dan kemarahan umat Islam di seluruh dunia bertajuk ‘The Trouble With Islam Today’ yang mengandungi idealisme sama seperti penulis novel ‘The Satanic Verses’, Salman Rushdie. - Newshub

2 comments:

  1. KENAPA DENGAN QURAN PULA.BAHKAN DENGAN QURAN ITU BERAPA BANYAKNYA MANUSIA TELAH DISESATKAN,DENGAN AYAT AYAT DIDALAMNYA.ALQURAN YANG MENGANDUNGI PERTUNJUK,BAHKAN DENGAN ALQURAN JUGALAH MERIKA DISESATKAN TANPA MERIKA MENYEDARINYA.

    ReplyDelete
  2. 10 bukti PAS adalah Parti Ajaran Sesat dan Nik Aziz Bapa Kafir
    1. PAS haramkan lembu-lembunya menghadiri himpunan sejuta umat tetapi siap bagi duit untuk perusuh.
    2. Tanpa bersyarat,PAS terus bekerjasam dengan DAP yang menentang islam.
    3. PAS menyokong dan mendewakan peliwat,penzina dan penyokong murtad.
    4. Portfolio agama di P.Pinang dan Selangor dipegang oleh PKR dan bukan PAS. DAP dan PKR sendiri tidak mengiktiraf PAS sebagao parti islam.
    5. Portfolio Halal di P.Pinang dipegang oleh DAP.Mungkin lepas ni Hadi Awang akan kata daging babi adalah halal,macam video itu besi.
    6. Islam ajak umat bersatu-padu tapi PAS mengajak umat berpecah belah.
    7. Islam menyeru umat berwatakan sopan santun tapi PAS menyeru umat memaki hamun,fitnah dan mencarut.Celako punya Nik Aziz
    8. Umat islam berpandukan al-quran tapi PAS berpandukan buku jingga keluaran DAP
    9. PAS mengalakkan maksiat seperti Mat Sapu bini orang.
    10. PAS menggunakan duit yahudi dan duit haram hasil pelacuran dan perjudian dari DAP untuk memusnahkan islam.
    Jika perkara di atas tak betul,, minta Nik Aziz dan Hadi Awang bersumpah atas Al Quran dan bukan Kitab buku jingga.

    ReplyDelete

comment please.....