Konco-konco ku

Friday, May 25, 2012

LEMAHKAN PERKASA TETAPI KUATKAN DONG ZONG?? KENAPA??


Pada 18 Mei, Sin Chew Daily melaporkan bahawa Dong Zong telah keluar dari mesyuarat meja bulat yang dianjurkan oleh kerajaan dalam membincangkan mengenai pendidikan Cina. Mereka mendakwa bahawa mesyuarat itu hanya memberi tumpuan kepada kes-kes teknikal dan kecil tanpa mengambil kira bantahan yang dibuat oleh mereka mereka terhadap guru-guru yang tidak fasih dalam penggunaan bahasa Mandarin yang dihantar ke sekolah-sekolah Cina '. Sin Chew telah mencadangkan Dong Zong untuk mengukuhkan lagi kedudukan mereka bagi menangani masalah ini.

Ini bukanlah sesuatu yang baru yang dapat kita lihat dari Dong Zong. Sebaliknya, ia adalah sesuatu yang tidak menghairankan rakyat. Sejak ianya ditubuhkan, puak ekstremis ini tidak pernah menunjukkan semangat toleransi mereka kepada sesiapa pun. kehidupan mereka hanya berasaskan keperluan dan perkara yang yang akan menguntungkan kaum Cina. Kaum-kaum lain dilihat sebagai sesuatu yang tidak memberikan manfaat kepada mereka kecuali sebagai pekerja mereka.

Kepentingan rakyat dan negara juga, tidak ada kena-mengena dengan mereka kerana mereka hidup dalam dunia mereka sendiri dengan tanahair asal mereka yang sentiasa disemat di hati dan minda mereka. Aspirasi kerajaan untuk menyatukan rakyat adalah satu perkara yang tidak pernah terlintas dalam pemikiran mereka.
Jadi, adalah tidak salah bagi kita untuk menyatakan bahawa Dong Zong tidak langsung mempunyai semangat patriotik terhadap negara dan tidak salah bagi kita untuk menyatakan bahawa kita sepatutnya menganggap mereka sebagai kaum pendatang.

Ia adalah jelas bahawa apa Dong Zong mahukan adalah untuk menubuhkan satu lagi kerajaan negara China di seluruh Malaysia di mana semua kaum-kaum lain 'ditelan' ke dalam dunia kapitalis Cina. Jika anda mahu bekerja, anda perlu fasih berbahasa Cina dan jika anda mahu menjalankan perniagaan, Hanya orang Cina yang boleh maju kehadapan. Untuk merealisasikan impian mereka ini, mereka perlu terlebih dahulu memastikan bahawa bahasa Cina dan sentimen kaum Cina menjadi kuat. Dan mereka hanya boleh lakukan ini dengan mengukuhkan kedudukan sekolah Cina di Malaysia.

Inilah perjuangan Dong Zong yang secara terang-terangan melangkaui semangat perkauman yang kuat, ini adalah satu bentuk penjajahan.

Dalam usaha untuk mencapai matlamat untuk membina 'China di Malaysia', mereka perlu terlebih dahulu melemahkan budaya kaum-kaum lain, terutamanya peneroka asal, ancaman mereka yang terbesar, yang paling patriotik, orang Melayu.

Jadi mereka kecapi slogan 'Malaysia pertama, Melayu kedua', yang membawa maksud kepada orang Melayu perlu meletakkan budaya mereka dibelakang,  lupakan bahasa ibunda mereka, mengenepikan dan terima budaya baru, dimana budaya bangsa Cina sebagai budaya utama.

Ancaman hanya mereka untuk mencapai matlamat ini adalah UMNO, lebih-lebih lagi, PERKASA, yang dilihat sebagai kumpulan Melayu yang dikatakan sebagai ekstrem.

PERKASA, bagaimanapun, berjuang demi perpaduan. Logik dan sejarah mengajar kita bahawa perpaduan hanya boleh dicapai melalui sekolah,dimana ianya perlu dibentuk dalam diri seseorang sejak dari kecil lagi. PERKASA sering memperjuangkan perkara ini, sistem persekolahan bagi semua kaum. PERKASA mengikuti aspirasi kerajaan dalam mewujudkan sebuah negara rakyat Malaysia tanpa perlu menyatakan mana-mana bangsa kita. Tetapi sebelum itu, kita mesti terlebih dahulu bersatu-padu.

Apa yang Dong Zong perjuangkan adalah jauh berbeza berbanding PERKASA. Jadi, PERKASA  perlu menjadi dilemahkan - idea negara Malaysia perlu kekal sebagai 'impian' semata-mata.  Ini adalah kerana hanya '1Cina' boleh menjadi aspirasi bagi negara ini, kaum-kaum lain hanya boleh menjadi pekerja.

Dengan Sin Chew meminta agar Dong Zong mengukuhkan kedudukan mereka, ini juga memberi makna bahawa mereka ingin kaum Cina agar membawa sikap perkauman mereka ke arah yang lebih ekstrem.

Kedegilan Dong Zong dalam berurusan dengan parti-parti lain, terutamanya pihak kerajaan, dengan tidak mahu menerima sebarang cadangan hanya menyerlahkan lagi sifat chauvinis mereka. Sikap ini boleh menghancurkan Malaysia dan ini membolehkan Dong Zong menyebarkan ajaran mereka ke seluruh pelusuk negara.

Namun, apakah yang boleh dilakukan agar Dong Zong sedar akan perkara ini dan belajar untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia? Apakah cara yang boleh dilakukan untuk menyedarkan puak-puak ini?

Lambat laun, Dong Zong mungkin akan sedar bahawa seseorang itu tidak boleh menggelarkan diri mereka sebagai seorang rakyat Malaysia jika apa yang tersemat di hati mereka adalah China. Jika seseorang itu tidak belajar di sekolah Cina, itu tidak memberi maksud bahawa mereka bukan sebahagian daripada kaum Cina. 

2 comments:

  1. jgn lyn kumpulan ini.

    ReplyDelete
  2. USAHA MEUJUD DAN MENGEKALKAN "PARALLEL SOCIETY" SUPAYA KESEIMBANGAN SOSIAL TIDAK DAPAT DICAPAI.

    ReplyDelete

comment please.....