Konco-konco ku

Wednesday, May 30, 2012

PANAS!! NOH OMAR MAKI KHALID GAGAP LIVE!!!


Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar pada Jumaat berkata dakwaan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa air di Selangor mencukupi menunjukkan beliau tidak faham isu air di Selangor atau cuba bermain politik.

Noh yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional Selangor berkata apa yang dibangkitkan oleh kerajaan persekutuan mengenai kadar rizab air di Selangor yang tinggal 2.4 peratus berbanding kadar sepatutnya pada 20 peratus ialah rizab air terawat bukannya kapasiti air mentah di tujuh empangan di Selangor.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Abdul Khalid yang mempelawa menteri persekutuan melawat empangan di Selangor bagi membuktikan air di negeri ini mencukupi. - AnginPerubahan


No comments:

Post a Comment

comment please.....