Konco-konco ku

Wednesday, May 16, 2012

CONTOH NEGERI KEBAJIKAN PAKATAN!! KLINIK UNTUK RAKYAT DIKETEPIKAN!


Klinik Desa Batu 10 Kebun Baru yang terletak dalam Daerah Kuala Langat Selangor telah mula beroperasi sejak tahun 60an. Lebih 50 tahun klinik tersebut telah berbakti kepada peduduk sekitar untuk bermacam-macam jenis rawatan, termasuklah bagi pemeriksaan ibu-ibu mengandung. Kementerian Kesihatan mengambil keputusan untuk meningkatkan segala kemudahan di klinik tersebut termasuklah bahagian bangunan bagi kemudahan rakyat serta kakitangan yang bertugas.

Untuk memberi laluan kepada projek menaik taraf bangunan tersebut, maka perkhidmatan klinik kepada orang ramai di bangunan itu terpaksa dihentikan selama empat bulan. Kementerian Kesihatan boleh membuat keputusan untuk menutup terus klinik di kampung berkenaan sementara kerja-kerja naik taraf siap dilakukan, dan penduduk kampung boleh diminta ke klinik-klinik lain, ke Banting atau ke Klang untuk dapatkan rawatan. Tetapi Kementerian Kesihatan tidak lakukan semua itu sejajar dengan slogan kerajaan, 1Malaysia Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan.

Kementerian Kesihatan telah memohon kepada Kerajaan BERKEBAJIKAN Selangor untuk menggunakan balai raya di kampung berkenaan sebagai klinik sementara. Namun ianya tidak dipedulikan dan tidak berjaya. Kawasan berkenaan adalah kawasan kampung dan bukannya senang untuk mendapatkan premis yang bersesuaian bagi dijadikan klinik sementara. Lalu muncul seorang penduduk kampung menawarkan sebuah kedainya yang uzur untuk dijadikan klinik sementara.

Oleh kerana tiada pilihan lain, Pejabat Kesihatan Daerah telah menerima tawaran tersebut dan mereka terpaksa keluarkan bajet terlebih dahulu untuk kerja-kerja ubahsuai kedai tersebut yang uzur sebelum boleh dijadikan klinik sementara. Kedai uzur yang dijadikan klinik sementara.

Persoalannya sekarang, dimanakah laungan PKR, PAS dan DAP selama ini yang mengatakan mereka kerajaan berkebajikan, utamakan rakyat, perjuangan rakyat, rakyat, rakyat, rakyat dan rakyat? Tiada guna bercakap berdegar-degar jika nak pinjamkan balai raya untuk kepentingan rakyat pun tak boleh. Mereka sering menuduh kerajaan BN zionis, zalim , kejam dan sebagainya. Sekarang siapa yang zalim? - Selangordaily.

2 comments:

  1. kerajaan bn memang zalim, penindas, kejam tidak berhati perut sebab mengambil terhadap nuar Al_jUburi sebab tak benarkan dia melakukan aksi tersebut secara bebas mengikut kehendak dia "anytime n any place"...kerajaan Pakatan Haram jadah pula memang mengutamakan rakyat...sebab tu jual air liur basi pada rakyat... tapi nasib rakyat bawah pemerintahan mereka...pergi mampus laaa luuu semuaa...apa rakyat2???...rakyat hanya diperlukan masa pilihanraya, 4 tahun sekali....masa lain apa gua kisah!!!!

    ReplyDelete
  2. kalau tak ada untung kat parti pakatak rakyat apa pun yg BN buat semuanya zalim, kejam, penindas dll. tapi kalau dap dan yahudi buat tak baik tapi menguntungkan puak2 pakatak ini yg meraka sanjung dan meraka junjung. parti dajal PKR dan PAS pasti akan terkubur dibumi MALAYSIA ini seperti mana janji ALLAH pada DAJAL yg hanya bertahan selama 44 hari eja. tengok ejalah.....!!!

    ReplyDelete

comment please.....