Konco-konco ku

Monday, May 21, 2012

ADAM ADLI AKAN BERTANDING CALON BEBAS PRU-13!!! #SHSemasa


SHAH ALAM - Dilihat sebagai perkembangan terbaru dalam arena politik tempatan, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), pergerakan tidak formal pelajar institut pengajian tinggi, memutuskan untuk meletakkan wakil mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Pendirian itu diputuskan dalam sesi pemukiman dua hari pergerakan mahasiswa itu yang berakhir semalam.

Setiausaha SMM, Haziq Abdul Aziz berkata, pihaknya akan menurunkan wakil mereka sama ada sebagai calon Bebas ataupun bertanding atas tiket mana-mana parti komponen Pakatan Rakyat (PR).

"Buat masa ini kami sudah pun memutuskan untuk bertanding dalam pilihan raya umum. Yang pastinya, berdasarkan perkembangan semasa, kami akan bertanding sebagai calon Bebas.

"Bagaimanapun kami akan mengadakan perbincangan dengan kepimpinan Pakatan Rakyat sama ada akan memberi laluan untuk bertanding," kata Haziq sambil menambah, perkara itu dimasukkan dalam senarai tuntutan pihaknya menghadapi PRU13, yang disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat.

"Kami akan menampilkan calon untuk bertanding, mahu membawa suara mahasiswa, golngan pelajar," katanya.

Mengenai bilangan calon dan kerusi hendak ditandingi, Haziq berkata, aspek itu belum diputuskan dan akan ditentukan dalam satu mesyuarat hari ini.

"Setakat hari ini (semalam), hanya pendirian untuk bertanding dalam pilihan raya diputuskan. Yang lain belum lagi, kami akan adakan mesyuarat esok (hari ini)," kata beliau lagi.

Katanya, pihaknya akan mengadakan perundingan parti-parti politik, tetapi bukan dengan Barisan Nasional (BN).

"Kami akan menentang BN," katanya lagi.

SMM baru-baru ini mengetuai demonstrasi meminta agar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dimansuhkan.

Perkembangan untuk bertanding ini juga dilihat sebahagian daripada kesan pindaan ke atas Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) yang diluluskan baru-baru ini. - SH

7 comments:

  1. kahkahkahakha!!...lawak la der...ada ke org nk sokong ko? contoh kebodohan puak pkr!

    ReplyDelete
  2. Tak payah nak bertanding la... silap2 kalah bertanding dan hilang wang pertaruhan. Lebih baik simpan je duit tu buat tampung pengajian korang yang tak habis-habis lagi tu. Itu lagi baik...

    ReplyDelete
  3. budak2 igusan ni nak bertanding ker?.... mcm kelakar jer la drng ni... masuk raja lawak lg bgus....

    ReplyDelete
  4. lawan jangan tak lawan..tanding jangan tak tanding...koyak jangan tak koyak..balun jangan tak balun...kecoh jangna tak kecoh ..bising jangan tak bising...bahlul punya pelajar niii...ikazah pekak pun x de nak jadi wakil rakyta konon...lebih ramai garduan berkualiti masih ade untuk dicalonkan dan elok buat kerja amal dari masuk bertanding..porahhhhhhhh

    ReplyDelete
  5. tgk mke pn x bleh blah...bljr pn x abs...wei bdk mak bapak ko anta g blajr soh bknye g ngeja glamer....bdh la ko nie..rmai nk msk upsi x dpt....ko 2 manusia yg x tau bersyuko atas limpah kurniaNYA...budk hingusan..pirahhh

    ReplyDelete
  6. budak bodoh kaldai pkr memang otak sempit mcm smm

    ReplyDelete
  7. jd wakil rakyat konon..nak memeperjuangkan AUKU je, nak mansuh PTPTN je..jadi wakil rakyat bukan senang dik oi..kebajikan rakyat kena jaga dari semua segi. Nak urus diri pun x mampu, nikan pula nak jaga rakyat?????..Boleh BLAH!..klu sistem pendidikan kita ni korup, takde pulak student Master PhD buat hal..ramai student kita waima amik diploma & degree pun yg jadi Best Student kat overseas..hang degree ntah ke mana..dlm longkang!

    ReplyDelete

comment please.....