Konco-konco ku

Wednesday, May 23, 2012

HIMPUNAN JUTAAN BELIA #HBN2012 ANTARA ACARA TERBESAR DI DUNIA


KUALA LUMPUR 23 Mei - Himpunan Jutaan Belia 2012 mula berlangsung hari ini hingga 27 Mei di Putrajaya telah dipilih tersenarai antara 10 Karnival terbesar di dunia.Menurut Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, Karnival bersempena dengan Sambutan Hari Belia 2012 (HBN 2012) itu telah berjaya mensasarkan jumlah Sejuta Pengunjung pada tahun lalu.

Bertemakan “Jadikan Hari Esok Lebih Baik Dari Ini ”, sambutan tahun ketiga kali ini bakal menyaksikan kehadiran dan penyertaan seramai dua juta belia hadir iaitu kenaikan sekali ganda daripada pencapaian sambutan HBN tahun lepas."Pelbagai aktiviti dan acara yang mempamerkan kepelbagaian budaya, kesenian, sukan, rekreasi, kerohanian, keusahawanan dan banyak lagi sebagai manifestasi kepada minat, tenaga dan kreativiti daripada belia", katanya menerusi program Selamat Pagi Malaysia di RTM1 baru-baru ini.

Beliau juga menyatakan rasa kagum dengan penganjuran HBN 2012 tahun ini yang semakin menjadi tarikan di seluruh dunia dan hampir menyamai kehebatan karnival di Brazil, Sepanyol dan lain-lain negara yang popular di dunia.Tambah beliau lagi, hampir 20,000 sukarelawan disediakan untuk membantu pengunjung dan memastikan kelancaran sambutan.Shabery seterusnya menyeru dan mengajak seluruh rakyat Malaysia terutama golongan belia untuk datang dan berhimpun di Putrajaya bagi menyemarakkan lagi sambutan yang menyajikan lebih 500 acara khas buat golongan belia itu.

Orang ramai yang ingin mengetahui lebih lanjut berkenaan sambutan HBN 2012, boleh melayari laman web www.hbn.gov.my. Paparan berkenaan maklumat Himpunan Jutaan Belia 2012 turut dipaparkan dari semasa ke semasa menerusi laman facebook Hari Belia Negara 2012 dan ikuti di Twitter Hari Belia2012. - KLpos

No comments:

Post a Comment

comment please.....