Konco-konco ku

Monday, February 25, 2013

INSIDEN LAHAD DATU: ANWAR PERANCANG UTAMA??

KES di Lahad Datu mendapat liputan yang meluas bukan sahaja di Malaysia malah di Filipina sendiri. Kronologi insiden juga sudah dijelaskan oleh pihak PDRM. Dan yang penting tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh rakyat Malaysia kerana insiden ini tak akan menggugat keamanan negara.

Bukan hendak masuk campur dalam urusan pihak PDRM tetapi cuma mahu menulis sedikit berkenaan penglibatan Ketua Pembangang Malaysia, Anwar Ibrahim yang dikatakan terlibat secara langsung dengan kemasukan Askar DiRaja Sultan Sulu ini ke Sabah.

(Klik di SINI)
Jika mengikut sejarah memang tidak dinafikan langsung yang Sabah adalah dahulunya di bawah pemerintahan Sultan Sulu sebelum Sabah ingin bergabung bersama Tanah Melayu demi untuk mendapatkan kemerdekaan. Begitu juga kesnya sama seperti Singapura yang bersama-sama Tanah Melayu untuk merdeka namun terpaksa dikeluarkan kerana desakan PAP.

Namun sejak akhir-akhir ini, Anwar Ibrahim kerap ke Sabah kerana ingin menarik undi Bumiputra Sabah supaya menyokong pakatan haram agar dia dapat menjadi Perdana Menteri. Jadi, segala janji telah ditabur kepada rakyat Sabah sehingga Anwar sendiri terlepas atau disengajakan berkata yang Sultan Sulu ada hak ke atas Sabah dan rakyat Sulu yang tinggal di Sabah.

Atas janjinya juga supaya masyarakat Sulu akan diberi kuasa autonomi agar Sultan Sulu dapat memerintah semual Sabah seperti sebelum merdeka. Jadi, atas janji-janji ini, Kesultanan Sulu di Filipina dikatakan telah mendapat keizinan Anwar Ibrahim untuk berada di Sabah bersama-sama dengan masyarakat keturunan Sulu sebelum Anwar menjadi Perdana Menteri.

Dalam laporan Manila Times juga ada menyebut yang Anwar Ibrahim telah memberi keizinan untuk berbuat sedemikian kepada Kesultanan Sulu. Maka secara tidak langsung, Askar DiRaja Sultan Sulu telah menyusup masuk ke Lahad Datu sebagai persediaan untuk mereka memerintah Sabah dan mendaulatkan Sabah dengan sistem beraja seperti dahulu kala.

Anwar adalah dalang sebenar dalam kejadian insiden ini. Tapi pihak KDN telah memastikan yang rakyat Sabah tidak akan ditimpa sebarang musibah. Itu janji kerajaan.

Dan dimaklumkan juga yang malam tadi adalah malam terakhir askar Sulu ini berada di Lahad Datu sebelum dipersilakan pulang ke tempat asal mereka dengan terhormat. Adakah mereka akan pulang dengan tangan kosong? Kita tunggu berita terbaru dari Lahad Datu....

1 comment:

  1. dah macam cerita konspirasi Detektif Conan..keke

    ReplyDelete

comment please.....