Konco-konco ku

Sunday, February 3, 2013

KARPAL ARAHKAN HADI TUKAR KEPUTUSAN MAJLIS SYURA ISU KALIMAH ALLAH!!

KEDEGILAN Karpal Singh dalam penggunaan kalimah Allah oleh Kristian belum selesai selagi Hadi Awang tidak menukar keputusan Majlis Syura PAS agar menyokong mereka yang lain dalam pakatan. Katanya, Hadi Awang perlu akur dan mengikut keputusan pakatan yang menyokong penggunaan kalimah Allah itu kerana hanya PAS sahaja yang menentang, sedangkan DAP dan PKR menyokong.

Dalam kenyataan Hadi Awang baru-baru ini, isu kalimah Allah dikatakan telah selesai dengan Majlis Syura tidak akan menukar keputusannya. Tetapi semalam Karpal memberitahu kepada pemberita yang isu kalimah Allah belum lagi selesai selagi PAS tidak mengikuti keputusan yang dicapai oleh dua parti sekutunya dalam pakatan.

Bagaikan ingin mencabar kerdibiliti Majlis Syura dalam membuat keputusan, Karpal terus mendesak PAS agar mengikut arahan yang dikeluarkan oleh Presiden DAP itu. 

Nampak tak game yang sedang disusun oleh puak DAP? Mereka cuba menggunakan PAS untuk menghalalkan semua perkara berkaitan Islam. Mereka cuba untuk menjadi ketua kepada pakatan sedangkan dalam pakatan Anwar adalah Ketua Pembangkang. Siapa sebenarnya yang lebih berkuasa dalam pakatan?

Bayangkan juga jika benar mereka dapat memerintah Malaysia, adakah agama Islam dan nasib orang Melayu akan terus terjamin dan terbela? Siapa yang hendak bersuara bagi pihak orang Islam jika PAS sendiri sudah tunduk dan akur dengan arahan yang dikeluarkan oleh Presiden DAP itu?

Fikirkanlah sendiri apa kesan dan akibat jika pakatan terus berkuasa. Siapa sebenarnya yang pegang kuasa utama dalam gabungan parti itu? Wallahu'alam...

2 comments:

  1. Seorang ketua penipu, seorang lagi pembela penjenayah, memang padan la tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. HJ hadi perasan dengan sokongan dan pembelaan karpal dia tak lama lagi akan di angkat jadi PM, TUA-TUA hadi bernafsu besar nak jadi PM lah dia peduli apa dengan teguran dan amaran pengikut dan orang islam lain. tak ingat kubur dah makin sempit baginya.

      Delete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...