Konco-konco ku

Wednesday, February 6, 2013

GUAN ENG TERUS DIKECAM CAMPUR ADUK POLITIK DAN AGAMA!!


Pemimpin akar umbi DAP terus melahirkan rasa kurang senang dan kecewa dengan tindakan Setiausaha Agung parti itu, Lim Guan Eng yang masih ‘membisu’ dengan isu penggunaan kalimah Allah yang dicetuskan.

Malah Pengerusi DAP Cawangan Desa Dahlia, Richard Francis Sosay berkata, Guan Eng tidak seharusnya mencampurkan isu politik dengan agama kerana tindakan itu boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat pelbagai kaum di negara ini selain mengakibatkan percakaran sesama ahli parti pembangkang.

“Mengapa perlu memberi perutusan seperti itu pada Hari Krismas? Bukankah itu hak eksklusif orang Islam, mengapa mahu menyinggung perasaan mereka? Saya bingung dan kecewa dengan ucapan beliau.

“Saya sebagai seorang Kristian yang berpegang teguh dengan agama saya tidak akan sesekali menyukai andai ‘orang luar’ bercakap tentang agama kami. Jangan gunakan agama sebagai sandaran untuk berkuasa dalam politik," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. -sumber

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...