Konco-konco ku

Saturday, February 16, 2013

PEMIMPIN PAS BAKAL TINGGALKAN PARTI KERANA DAP!!

SUASANA politik semasa di Selangor semakin hangat dari hari ke hari. Hampir setiap hari ada sahaja cerita atau isu yang ditimbulkan tidak kira dari parti pakatan mahupun barisan. Barisan Nasional selaku parti pembangkang di Selangor kelihatan sudah bangkit dari lena yang agak panjang. Syabas kepada panglima-panglima BN yang telah mengejutkan para pahlawan.

Seperti sudah telah dijangka, semenjak PAS berada di dalam pakatan mereka terus dipijak dan digunakan oleh DAP dan PKR untuk kepentingan mereka masing-masing sehinggakan matlamat asal PAS untuk menegakkan Islam turut ditentang oleh DAP melalui Pengerusinya, Karpal Singh.

Ahli PAS juga telah sedikit demi sedikit keluar meninggalkan parti yang dikatakan sudah terlalu lemah dalam perjuangan. PAS kelihatan terlalu bergantung kepada DAP semenjak berada bersama pakatan. Baru-baru ini, satu cawangan PAS Taman Equine, Puchong telah bersepakat untuk menyokong BN pada PRU13 akan datang kerana sudah tidak percaya dengan kepimpinan PAS sekarang.

Di Kuala Lumpur, Perak dan Kedah ada segelintir ahli PAS yang tidak berpuas hati dengan kepimpinan PAS yang terus menyepikan diri berhubung penggunaan kalimah Allah oleh Kristian yang dicadangkan oleh Guan Eng. Akibat marah mereka sanggup memijak gambar muka Guan Eng serta Karpal Singh.

Di Pulau Pinang, ahli PAS sudah mula bersatu dengan UMNO bagi menuntut hak orang Melayu dan Islam di sana. Mereka turut hadir dalam demo anjuran UMNO bagi memastikan DAP tidak lagi berkuasa dan tidak lagi boleh memijak kepala orang Melayu Islam Pulau Pinang.

Di Kelantan, sebilangan besar NGO Islam dan golongan ulama' dari sekolah pondok sekitar Kelantan mula meminggirkan PAS sekaligus membuatkan Nik Aziz pening. Mereka telah bersepakat akan menyokong BN pada kali ini kerana PAS sudah jauh terpesong dari landasan asal untuk memartabatkan Islam. Isu kalimah Allah menjadi cabaran besar buat kepimpinan PAS yang sudah berbelah bahagi sama ada mahu menentang atau mempertahan rakan sekutunya dalam pakatan iaitu DAP.

Dan kita juga bakal menyaksikan lebih ramai lagi ahli PAS atau PKR yang akan keluar dari parti tika tarikh pilihanraya semakin dekat. Pakatan semakin hancur. Seperti kata Tunku Aziz, bekas Naib Pengerusi DAP,

"Bagaimana mereka (PAS-DAP) boleh bekerjasama apabila mereka menghadapi masalah setiap hari." 

2 comments:

  1. Cari persamaan, bertolak ansur dgn perbezaan. Hormat pandangan dan pendirian org lain. Jgn paksakan pendapat kita kpd org lain. Ramuan utk kebersamaan !

    ReplyDelete
  2. ye, itulah sepatutnya. peluang terbuka masa idea persefahaman umno-pas dulu. tp sebab sifat degil, iri hati dan pendendam mursyidul pas, semuanya musnah. walau berbeza sebanyak manapun, sebenarnya tetap ada sekelumit kesamaan antara pas -umno. contohnya soal aqidah umat Islam. tp, yelah...selagi ada manusia degil yg pernah menjadi guru kemas menjadi gembala parti pas, bukan kerana persamaan yg sedikit, sebesar manapun persamaan pas-umno, persefahaman tetap mustahil. sebab itu org kelantan dh makin muak dan jelak dgn mb mereka sendiri...

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...