Konco-konco ku

Tuesday, February 5, 2013

ADUN SG. AIR TAWAR BERI PELUANG ORANG MUDA UNTUK JADI PEMIMPIN!!


SABAK BERNAM: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Air Tawar, Datuk Raja Ideris Raja Ahmad mengesahkan tidak akan bertanding pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) akan datang.

Beliau yang menjadi wakil rakyat sejak lima penggal lalu, berkata keputusan itu diambil kerana percaya sudah tiba masanya untuk menampilkan pemimpin muda menjadi pemimpin dan berkhidmat kepada masyarakat.

"Saya rasa sudah cukup, saya menawarkan diri untuk tidak bertanding dan saya fikir sudah tiba masanya pemimpin muda diketengahkan sebagai pemimpin pelapis," katanya yang mula bertanding dalam PRU pada 1990.

Raja Ideris, 69, bertanding selama empat penggal di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabak dan bertukar ke DUN Sungai Air Tawar pada PRU 2008 serta menjadi antara calon yang menang di Selangor ketika UMNO dan Barisan Nasional (BN) dilanda 'tsunami' politik ketika itu.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 Raja Ideris menewaskan calon PAS, Azrulkhakim Suradi dengan majoriti 123 undi.

Ditanya tentang calon yang bakal menggantikannya, beliau berkata, perkara itu akan ditentukan pucuk pimpinan tertinggi parti.

Raja Ideris turut melahirkan rasa yakin BN akan memenangi PRU akan datang dan memerintah Selangor berdasarkan kesungguhan dan aktiviti yang dijalankan di seluruh negeri itu selain helah pembangkang yang semakin tidak menjadi.

Raja Ideris berkata, pembangkang terlalu banyak menimbulkan isu remeh temeh dan sengaja direka-reka dalam usaha mengelirukan rakyat.

"Apa yang penting pada ketika ini, UMNO dan BN perlu sentiasa menjaga perpaduan sesama kita, fokus untuk berjuang dan menang, dalam tempoh 60 hingga 90 hari sebelum PRU ini kita perlu ketepikan masalah peribadi dan kerja kuat untuk parti," katanya. - BERNAMA

JB: Tak sangka Datuk Raja sampai penggal ni je. Agak terkilan juga dengan pengumuman yang dibuat oleh beliau sebab YB ni adalah antara orang lama dalam UMNO Bahagian Sabak Bernam yang banyak mencurah bakti. Apa-apa pun Datuk Raja memang steady. Beri peluang kepada orang muda untuk cuba menjadi pemimpin. YB lain tak nak declare macam ni ke? hehehe

No comments:

Post a Comment

comment please.....