Konco-konco ku

Monday, February 25, 2013

PAKATAN PEMBANGANG SELANGOR HALANG PENDIDIKAN TINGGI ANAK SELANGOR!!


Barisan Nasional (BN) mendakwa Kerajaan Negeri Selangor menunjukkan kuasa dengan menghalang pembinaan Universiti Perdana, yang menyediakan jurusan perubatan, di tanah milik Mardi, Serdang.

Timbalan Pengerusi BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar berkata, kerajaan negeri sekali lagi mahu menunjukkan kuasa dengan menghalang beberapa projek kerajaan persekutuan di Selangor, termasuk pembinaan hospital latihan swasta utama itu.

Menurutnya, pembinaan universiti itu penting kerana memainkan peranan besar dalam mendidik dan memajukan satu generasi baru profesional perubatan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran serta kepakaran bagi memenuhi keperluan perkhidmatan penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di seluruh dunia.

"Universiti Perdana itu dijangka menjadi institusi yang menakjubkan dengan mempunyai dua sekolah perubatan selain menjadi hospital latihan swasta pertama di Malaysia dan Kabinet juga bersetuju untuk menjual tanah demi merelisasikan hasrat pembinaan kampus utama itu.

"Namun, disebabkan halangan itu, pihak pengurusan universiti itu terpaksa menyewa bangunan Maeps sebagai kampus sementara bagi melancarkan pengajian penuntut," kata beliau ketika diminta mengulas lanjut isu halangan kerajaan negeri yang menolak permohonan penukaran status tanah.

Sebelum ini, kerajaan negeri menolak permohonan Mardi bagi menukar status tanah tersebut, dari pertanian kepada perniagaan, berikutan tanah terbabit akan dijadikan tapak universiti swasta yang berorientasikan keuntungan semata-mata.

Exco Kerajaan Negeri, Yaakob Sapari dalam satu kenyataannya berkata, sebahagian 200 ekar (50 hektar) tanah terbabit dijadikan tapak Maeps dan tidak menghalang usaha penganjuran Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Antarabangsa (Maha) di tapak tersebut, tetapi jangan sesekali menjual tanah di situ.

Menurut Yaakob, jika ada pihak swasta yang ingin mahukan tempat untuk pembangunan universiti atau hospital, kerajaan negeri bersedia menawarkan tapak pembangunan di tempat lain tetapi bukannya di tapak milik Mardi itu.

Mengulas lanjut, Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata, bukan sahaja menolak permohonan penukaran status tanah, bahkan menuduh Mardi menjual tanah dengan harga murah di bawah harga pasaran.

"Kerajaan negeri seolah-olah menggambarkan tindakan kerajaan persekutuan itu tidak menguntungkan rakyat sedangkan kita mahu bina sebuah universiti perubatan untuk kepentingan rakyat.

"Saya mahu memberi amaran bahawa kerajaan negeri kena ingat, semua kuasa yang mereka ada adalah daripada rakyat yang memilih ketika pilihan raya umum lalu dan rakyat akan melihat jika mereka salah guna kuasa sehingga merugikan mereka," kata beliau pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Kecil Pertanian dan Peralatan Mesin Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP) Kawasan Tanjong Karang bernilai RM1.3 juta kepada 465 penerima di Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di sini, hari ini.

Universiti Perdana dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 12 September lalu dan turut mengumumkan kerajaan akan menyediakan biasiswa yang besar kepada rakyat Malaysia yang dipilih menuntut jurusan perubatan di kedua sekolah perubatan universiti itu.

Biasiswa itu adalah bagi penuntut Sekolah Graduan Perubatan Universiti Perdana (PUGSOM) dan Sekolah Perubatan Perdana University-Royal College of Surgeons in Ireland (PU-RSCI) dan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad diumumkan sebagai Canselor pertama universiti itu.

Pengambilan pertama seramai 105 penuntut akan mengikuti pengajian mereka di fakulti sementaranya di ibu pejabat Mardi di sini sementara menunggu kampus tetapnya siap pada tahun ini dan Najib turut menyifatkan pembukaan universiti itu sebagai langkah yang dapat meletakkan Malaysia dalam peta dunia. SinarHarian

No comments:

Post a Comment

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...