Konco-konco ku

Tuesday, February 5, 2013

ANWAR BERCERAMAH ISU PENDIDIKAN PERCUMA DI UNISEL!!

MENDAPAT berita dari seorang sahabat JB yang belajar di Unisel, baru-baru ini pemimpin kerajaan negeri Selangor ada membuat satu forum di Unisel tentang Isu Pendidikan Percuma dengan menjemput Anwar Ibrahim sebagai penceramah jemputan yang bercakap tentang pendidikan percuma yang harus diberi oleh kerajaan BN kepada rakyat Malaysia.

Para pelajar yang sedang berada dalam kelas tiba-tiba dipanggil dan diarahkan oleh pihak pentadbiran supaya hadir ke dewan untuk meramaikan majlis bual bicara tersebut. Tanpa mengetahui apa-apa maklumat sama ada dari pihak penganjur ataupun wakil pihak pentadbiran Unisel sendiri, mereka terpaksa pergi juga kerana kehadiran dicatatkan.

Betapa hebatnya Anwar bercakap soal pendidikan percuma, soal penghapusan PTPTN, sedangkan mereka sendiri sebagai sebuah kerajaan negeri yang memerintah Selangor tidak dapat menunaikan janji mereka untuk beri pendidikan percuma terutama kepada pelajar Unisel dan KUIS. Kenapa tidak dimulakan dari negeri yang diperintah sendiri?

Selepas 4 tahun pentadbiran kerajaan Khalid dan DAP di Selangor, di mana janji-janji pendidikan kepada rakyatnya? Adakah sudah tertunai?

*Memberi hadiah RM1,000 kepada setiap anak Selangor yang mendapat tawaran ke universiti. Anak siapa yang dapat? Pernah sepupu aku try nak mohon tapi sampai sekarang tak pernah dapat surat atau borang. Pengerusi JKKKN tidur tak membantu langsung rakyat nak minta bantuan kerajaan Selangor. Yang diberi hanyalah kepada kroni masing-masing. Salah rakyat Selangor ke?

*Memberi bantuan dan biasiswa pelajaran untuk anak Selangor. Yang ini sudah terang lagi bersuluh yang dalam manifesto, janji pakatan sebelum menang kerajaan Selangor mereka akan beri biasiswa kepada anak Selangor. Tapi sampai sekarang terus senyap. Salah rakyat Selangor ke?

Janji memang senang tapi nak tepati tu hanya kerajaan BN yang mampu tunaikan. Nak beri air percuma pun pilih bulu. Elaun khas ibu tunggal yang layak? Mana elaun-elaun itu semua pergi? Habis dibelanja untuk dana pilihanraya atau masuk poket DAP dan kroni pakatan?

18 comments:

  1. Saya ingin mengingatkan kalian dan rakyat semua bahawa pada masa ini, janganlah kita mengharapkan apa jua janji. Yang penting ialah, selagi BN masih dalam Putrajaya rakyat akan semakin derita. Janji kecil ini boleh BN tunaikan tetapi apa yang kita tidak nampak itulah yang sememangnya dasyat. Hutang negara, sikap boros menteri belanja dan sebagainya. Apa yang saya ingin sampaikan ialah, kita sememangnya kena menukar kain yang kotor dengan yang baru. Dari situ barulah kita dapat menilai dan merasai perkembangan dan kemakmuran dan ini juga hendaklah diberi masa bukannya setahun atau dua tetapi mengikut ekonomi global. Sekian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Siapa yg derita. Kau derita sgt ke. Kau duduk kat hutan ke. Yang kau taip guna apa? Pensel dgan daun pisang ke. Kau tak komputer? Bukan ke kau pun menikmati segala frasarana yg disediakan kerajaan yg sedia ada?
      Please learn to be contented.

      Delete
    2. Yang kotor dan busuk bernanah tu anuwar ibrahim la. Lu kalau baru hidup 20 tahun lu jangan cakap la pasar bersih kotor. Apa lu tau pasal anuwar ibrahim masa dia jadi menteri dan tpm dulu. lu tau ka itu pink form. pi tanya lah orang lama apa itu peliwat buat masa dia jadi tpm dulu. manusia kotor ini macam tulah. Dia mau tunjuk dia bersih dengan mengotorkan orang lain yang jauh lebih bersih dari dia. Dia lupa apa dia buat masa dia berkuasa dulu. tapi kami tak lupa. Yang boleh dia bodohkan hanyalah puak-puak bahlol yang terbuai dengan kata-kata palsu seorang penipu yang sangat terkenal semasa dia berkuasa dulu.

      Delete
    3. Anuwar ni dok temberang lama dah. Orang bodoh saja dok percaya kat dia cek ooi. Dulu masa TPM awat dia tak buat semua tu. Memang dasar penipu.

      Delete
    4. dia ni mesti tukang tongeng utk anwar ni hahaha.... sebab kalau anwar perintah nanti, senang nak ubah jadi mcm indonesia. di indonesia bukan satu kesalahan perbuatan homosexuality atas dasar suka sama suka... for sure la mamat ni kaki bontot jugak ni hikhikhik jijik !!!

      Delete
    5. masalahnya ngok, nk tukar dgn kain yg mana. kain baru yg ko ckp tu kain yg baru kena najis taik babi. lagi pulak berlubang sana berlubang sini, mcm lombong pasir kerajaan khalid! daripada telanjang baik pakai kain yg sikit kotor tp boleh tutup aurat dpd pakai kain baru yg terpalit taik babi dan barlubang-lubang. dh la najis, 'barang' ko pulak nampak....hehehe

      Delete
  2. Hello anon di atas, jangan nak berangan sangatlah. Yang kotor berdaki, berselut, bernanah membusuk adalah PR. Ada faham.

    ReplyDelete
  3. Hutang negara, bla bla... berapa sen agaknya dia bayar cukai pendapatan. Cakap macam pandai, bodoh macam keldai. Ingat... undi pas bermakna mengundi DAP...nauzubillah..

    ReplyDelete
  4. Kalau ada facts, sila kemukakan. Kalau tak, fikiran tu cuma diperalatkan. Saya ingin menegaskan rakyat sekalian janganlah baca surat khabar domestik lagi. You have been brainwashed to the max. Lihat internet pun banyak boleh kita tahu siapa berselut berdaki dan sebagainya. Saya cuma boleh kesian siapa yang masih hidup didalam dunia BN yang tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yelah. Kau sorang je yg tau. Orang lain semua bodo undi umno.

      Delete
    2. Lu cakap elok sikit. Lu ingat lu punya bapa dulu senang sangat ka dulu. Pasai perjuangan surat khabar domestik tu la lu boleh hidup, lu pi sekolah dan cari makan sekarang. Lu tau ka. Inilah rupa manusia yang tak pernah sedar diuntung. Lupa asal usul dari lubuk mana dia datang. Lupa jasa dan bakti orang lain setelah menikmati segala kemewahan yang disediakan. Dah negera luar tu baguih sangat, lu berambuslah pi hidup sana. entah-entah cukai pun tak kena bayaq. cakap banyak. piiiiiirah.

      Delete
  5. Bangkrap????... Gua tengok, duit dalam bank pun ada lagi. Ada sesiapa yang tak dapat keluar duit kerana bank dah tak da duit. Ada sesiapa yang tak dapat gaji bulan ni. P gua tengok gaji semakin lama semakin naik. Ada kurang ke. Duit EPF ada lagi tak. Ada sesiapa yang tak dapat keluar duit EPF kerana dah tak da duit. Duit tabung Haji pun sama. Ada yang tak dapat keluar duit ke. BR1M2 pun dah dapat. Hoiiii anon10.37, ce bagi lah bukti sikit. Jangan ikut sedap mulut je. Tak belajar ekonomi ke.

    ReplyDelete
  6. Untuk renungan semua : harismibrahim.files.wordpress.com/2013/01/the_black_rose_1_0.pdf

    ReplyDelete
  7. Kutipan cukai pendapat sasaran 120 billion dapat kutip 124 billion itu gambaran ekonomi negara baik...istilah bangkrap dtg dripada PR aje.

    ReplyDelete
  8. Kain kalu kotor..kita basuh tmpt yg kotor..xpayah tukar kain lain.wudhu pon sah.-)))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah yang engko sendiri maksudkan tu, ape ertinye basuh? Bermakna basuh/tukor kerajaan tu lah... Adoi... xkanlah nak trus bagi pluang couple tu guner duit rakyat. cincin x cukup ker? honeymoon lagi (konon guna ayat melawat)

      Delete
  9. Harisibrahim tu pencacai dap tegar. Blog dia yang kau ikut? Dengar sini bongok2 sekalian.Akak aku keje kat Jabatan Hasil Dalam Negeri.Dia kata Malaysia nak bankrupt tu pembohongan besar. Malaysia dah bayar kebanyakan hutang2 negara. Tinggal skit2 tu adat la dalam hubungan dagang antara negara. Hasil keuntungan kutipan drpd syarikat2 itulah dibagi BRIM di bagi BLIM di bagi budak sekolah seratus sorang etc. Pembangkang lahabau yang fitnah bukak cerita konon hutang negara dah menggunung tak tertanggung blablablabla. Cemburu membabi buta kerajaan dapat kawal ekonomi dengan baik! Deritalah sangat kan?

    ReplyDelete
  10. gengster sgt la guna gua lu, gua lu puihhh!!!

    ReplyDelete

comment please.....