Konco-konco ku

Saturday, February 9, 2013

BUKTI!! KEAKRABAN NASHARUDIN BERSAMA PAK LAH & NAJIB SEJAK DULU!!

GAMBAR inilah yang membuatkan ramai pemimpin malah pengikut PAS yang tak lena tidur malam apabila memikirkan dan dalam delima pihak mana yang berada dalam landasan sebenar. Kerana gambar ini jugalah ramai pemimpin PAS yang tunduk kepala kerana bukti Pak Lah bersama Najib menghadiri majlis pengebumian bekas Presiden PAS, Allahyarham Fadzil Noor.

PAS terpaksa mencari strategi lain untuk menarik kembali sokongan rakyat dan membersihkan kembali imej PAS yang kian pudar dan malap. Ramai juga dikalangan ahli PAS yang mendesak supaya parti Islam ini keluar dari pakatan haram tetapi pemimpin atasan tidak sanggup selagi tidak dapat menguasai Putrajaya.

Oleh yang demikian, berbondong-bondong ahli PAS diseluruh negara telah keluar parti kerana kecewa dengan sikap tunggu dan lihat yang diamalkan oleh PAS sehingga DAP sudah berani campur tangan dalam urusan agama Islam juga penggunaan kalimah Allah.

Hendak dikira, bekas ahli PAS yang masuk UMNO tidak seramai mana tetapi yang pasti bekas ahli PAS yang meninggalkan parti Islam itu semakin hari semakin ramai. Semakin hari mereka merasakan mereka dalam satu parti yang penuh dosa dan menganggap parti itu sudah jijik kerana terpaksa mengikut telunjuk DAP semata-mata mahu berkuasa kelak.

Tergadai agama, bangsa demi menuju Putrajaya. PAS dikatakan sanggup menjadi anjing DAP dan PKR selagi belum mendapat Putrajaya dari Barisan Nasional.

Sedarlah wahai ahli PAS. Nyawa parti Islam kalian kini sudah ditentukan oleh DAP.

3 comments:

  1. 'Sesungguhnya org org mukmin itu bersaudara, mk damaikanlah antara dua saudara kamu (yg bertelingkah) dan bertaqwalah kamu kpd Allah swt agar kamu dirahmati.' -Hujurat 10.

    ReplyDelete
  2. Semua orang Islam itu bersaudara!!!

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum tuan. Mohon linkkan blog saya (eddyjugaks.blogspot.com - Gossip Rakyat) ke blog tuan. Blog tuan telah pun dipautkan di blog saya. Terima kasih ;)

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...