Konco-konco ku

Monday, September 17, 2012

YAHYA LAMBONG MASUK PARTI SONGSANG @ANWARIBRAHIM


Bekas Timbalan Menteri persekutuan Datuk Yahya Lampong menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk meneruskan perjuangannya dalam arena politik.

Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim pada majlis sambutan Hari Malaysia anjuran pakatan pembangkang di Dalit, dekat sini malam tadi.

Yahya, yang merupakan antara bekas pemimpin veteran parti Usno yang sudah dibubarkan sebelum menyertai Umno, hadir sama pada majlis itu. Turut hadir ialah bekas anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Lajim Ukin dan bekas timbalan presiden Upko Datuk Seri Wilfred Bumburing.

Pada sebelah pagi semalam, Anwar mengumumkan penyertaan tokoh korporat terkenal Tan Sri Ibrahim Menudin ke dalam PKR di Labuan.

Sebelum ini, Lajim dan Bumburing menyatakan sokongan terhadap perjuangan pakatan pembangkang di Sabah. - Bernama

JB: Selepas Mail Lambong menamatkan siarannya, kini Yahya Lampung abang kepada Si Mail Lambong masuk PKR atas janji manis Anwar. Entah berapa ribu pula yang dijanjikan Anwar kepada bekas Timb. Menteri ni. Jangan berpatah balik lagi dah la. Nanti mati katak!

1 comment:

  1. Lelong, lelong,..siapa nak yahya lampung ??

    500 darham terlalu tinggi, 50 darham pun masih tinggi,.....5 kupang jer boleh laa...pengkhianat yang dikenali sejak azali.

    Apa pun tak boleh !!!

    ReplyDelete

comment please.....