Konco-konco ku

Monday, September 3, 2012

DRAMA BABAK PERTAMA SUDAH BERMULA....

Nampaknya babak pertama lakonan puak pakatan telah bermula. Drama menuju Putrajaya arahan Anwar dan Yahudi (DAP) telah berlangsung dengan cukup baik dengan menampilkan persembahan bas 'Jelajah Merdeka Rakyat' yang kononnya telah dibaling batu dan disimbah cat merah.

Apa yang kita mahu renungkan dan fikirkan lagi jika benar ia terjadi? INI SEMUA SALAH UMNO! Mungkin itulah dialog yang akan digunapakai sepanjang kempen pilihanraya yang tidak lama lagi. 

Menaikkan sentimen rakyat ditindas dan sentimen belas ihsan rakyat kepada puaka pakatan untuk meraih undi supaya berjaya memenangi pilihanraya yang mereka anggap amat getir kali ke-13 ini.

Baling batu sembunyi tangan. Teringat semasa kempen pilihanraya ke-12 di Parlimen Sungai Besar, taktik yang sama juga digunakan oleh samseng-samseng PKR yang kebanyakannya diimport dari luar supaya memporak perandakan kempen Pakatan Haram.

Kereta penyokong sendiri dirosakkan, dibaling batu hingga pecah cermin, bilik gerakan pakatan dibakar dan disimbah cat merah. Itu semua hanyalah lakonan yang diatur oleh sama ada Anwar atau sekutu kuatnya DAP. Tapi kerana kebangangan penyokong tegar mereka maka dituduh, difitnahnya UMNO/BN yang melakukan.

Mengikut dari kata rakan-rakan bekas PKR, memang ada satu kumpulan yang diwujudkan untuk 'BLACK OPS' yang boleh menguntungkan mereka. Mereka ini akan melakukan apa sahaja yang boleh menampakkan Barisan Nasional adalah parti zalim kerana merosakkan harta benda penyokong pakatan.

Banner pakatan dibuang dan dibakar juga adalah dari kumpulan ini. Kerja mereka hanyalah konon mensabotaj pergerakan kempen pakatan namun sebenarnya mereka dibayar oleh pemimpin pakatan tanpa diketahui oleh penyokong malah pemimpin tempatan sendiri. Ini adalah operasi rahsia mereka.

Maka, tidak hairanlah jika mereka berjaya mencipta persepsi negatif terhadap BN. Namun semuanya tidak kekal lama. Allah tetap akan memberi petunjuk siapa yang bertanggungjawab atas kerosakan dan fitnah yang terjadi. Fikirkan.

2 comments:

  1. Moral of the story....Rakyat pun ada perasaan. Janji dgn rakyat pun tak ditunaikan, tup tup tunjuk pulak beli bas baru. Ingat rakyat tak hangin ke.

    ReplyDelete
  2. Dulu pemimpin Al Arqam Ashari Muhammad pun ada bas mewah macam ni untuk menipu pengikutnya kononnya beliaulah Imam Mahdi yang akan jadi Perdana Menteri menggantikan Mahathir. Dalam bas Arqam tu siap ada bilik tidur untuk Asyari 'buat projek'. Imam Mahdi Anwar ulangi perkara yang sama dan akan menerima nasib yang sama seperti Asyari mati dalam kehinaan...insya Allah.

    ReplyDelete

comment please.....