Menjelang PRU yang akan datang tidak lama lagi, isu hudud yang dimainkan PAS sejak dahulu sudah kembali berputar kembali. Demi mendapatkan sokongan rakyat terutama majoriti orang Melayu dan Islam, maka PAS terus bermain dengan agenda untuk meneruskan hukuman hudud jika menang PRU dan seterusnya dapat merampas Malaysia dari BN.
"Golongan Yahudi dan Nasrani itu tidak akan berdiam diri sehinggalah kamu mengikuti agama mereka." (al-Baqarah : 120)
Karpal terus membidas keputusan Dewan Ulama PAS berkenaan pelaksanaan hukum hudud. Sejak dari dulu lagi Karpal tidak bersetuju dengan keputusan PAS yang akan membawa hukum hudud memandangkan majoriti rakyat Malaysia adalah Melayu dan Islam.
Jika kita lihat dari sudut pandangan Karpal yang sekeras-kerasnya tidak mahu hudud dilaksanakan walaupun di Kelantan, kita dapat lihat yang Karpal masih tidak memahami Islam walaupun dikhabarkan beliau telah ditarbiah oleh Nik Aziz dan Hadi Awang tentang Islam.
Keputusan Karpal bukanlah keputusan individu yang didakwa oleh PAS. Keputusan Karpal adalah keputusan parti DAP yang menentang terus pelaksanaan hukum hudud kerana diceritakan yang penjenayah akan terlepas jika hudud terlaksana. Penerangan demi penerangan dari Nik Azin, Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri, Harun Taib tidak dapat menafikan yang Karpal benar-benar maksudkan yang negara Islam tidak akan terlaksana selagi DAP ada di Malaysia.
Perkataan 'KAMI' yang merujuk kepada semua yakni DAP dalam tajuk akhbar di atas menunjukkan yang Karpal tidak membuat keputusan secara berseorangan. Kenyataannya mewakili DAP yang dipengerusikan oleh beliau. Walaubagaimanapun, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng terus-terusan bermain wayang politik talam dua muka dengan PAS. Mereka membuat seperti ucapan Karpal adalah tidak mewakili mereka namun sebenarnya Karpal telah dijadikan kambing hitam untuk meneruskan niat mereka yang asal iaitu menjadikan negara Malaysia ke arah negara Republik yang bersendikan agama Kristian sebagai agama utama.
No comments:
Post a Comment
comment please.....