Makan bubur lambuk petang-petang ni pun sedap jugak. Selalunya bubur lambuk hanya boleh kita perolehi semasa bulan puasa sahaja. Kini, semua itu tidak lagi kerana bubur lambuk sudah boleh dikatakan menjadi makanan kegemaran warga tempatan tidak kira bulan puasa atau bukan.
Semalam bertempat di Pejabat UMNO Sungai Besar, Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Sungai Besar bersama-sama penduduk setempat telah mengadakan Kursus Memasak Bubur Lambuk. Aktiviti yang bermanfaat dan berguna khususnya untuk para ibu juga bapa yang mahu mengetahui cara-cara memasak bubur lambuk yang asli.
Kehadiran peserta lebih kurang 50 orang dengan kerjasama YADIM sebagai penganjur bersama. Lepas bazar ramadhan kat Sungai Besar yang jual bubur lambuk bolehlah tutup kedai sebab Budiman dah ajar resepi rahsia turun temurun beliau. : )
No comments:
Post a Comment
comment please.....