Konco-konco ku

Monday, May 27, 2013

ZAHID HAMIDI SEBAGAI MENTERI KDN, TERASA UNDANG-UNDANG BERNYAWA KEMBALI!!

ARTIKEL khas kepada Menteri KDN yang baru, Dato' Seri Ahmad Zahid bin Hamidi yang sebelum ini memegang erat Kementerian Pertahanan sehingga berjaya meletakkan barisan hadapan negara ini berada dalam kelasnya yang tersendiri. Itulah kehebatan anak jati Bagan Datoh, Perak ini.

Setelah bertahun-tahun mengharapkan satu perubahan besar dalam pengurusan dan ketegasan Menteri KDN, akhirnya Zahid Hamidi berjaya menunjukkan taringnya dengan jaya. Dengan lantang, dengan tegas tanpa mengambil kira siapa saja, Zahid Hamidi berjaya menggerakkan institusi PDRM yang sebelum dilihat malap kembali bercahaya. Syabas Dato' Seri.

Penulis malas nak buat perbandingan antara Menteri KDN yang lama dengan yang baru ini kerana memang amat jauh bezanya. Kita kenal bagaimana Zahid Hamidi dikenali dengan ketegasannya. Kita mengetahui bagaimana sifat seorang pemimpin yang disanjung menjalankan tugasnya. Jadi tak perlu rasanya ada segelintir pihak yang memutarbelit fakta atau memfitnah beliau dengan caci maki. Apa tugas seorang Menteri jika tidak pandai menjalankan amanah yang diberi. Kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berbangga apabila PM Najib mentransformasikan kementerian bersesuaian dengan sikap dan sifat barisan menteri kabinet yang baru. Biarlah Menteri KDN yang lama menjalankan kerjanya di Kementerian Pertahanan yang mana Zahid Hamidi telah 'polish' habis dari pengurusan atasan hinggalah kepada yang dibawah. Rasanya Kementerian Pertahanan yang cukup kuat untuk menjalankan tugas kerana berkat tangan Zahid Hamidi yang menguruskannya satu masa lalu.

Semenjak Zahid Hamidi mengepalai barisan Kementerian Dalam Negeri, negara Malaysia ini umpama telah bernafas kembali dengan undang-undang. Jika dahulu hanya AMARAN yang diberikan, kali ini ketegasan menteri diperlukan. Tiada lagi AMARAN yang hanya sekadar dimulut, tiada lagi AMARAN yang hanya bagai melepaskan batuk di tangga. Zaman sekarang adalah zaman TINDAKAN. Bertindaklah dengan bijak agar rakyat Malaysia yang dahagakan keamanan dan keadilan dapat merasai masih ada undang-undang di Malaysia.

Tangkaplah, dakwalah para pengkhianat negara yang selama ini bebas ke merata tempat tanpa ada sebarang sekatan hinggakan negara bergolak. Buktikan kepada majoriti rakyat Malaysia yang masih menyokong Barisan Nasional bahawa Menteri KDN bukan lagi hanya mampu memberi AMARAN. Buktikan kepada mereka yang fanatik dengan keganasan dan huru-hara agar negara ini masih berdaulat dan masih punyai undang-undang yang perlu semua rakyat yang mengaku sebagai warganegara patuhi. 

Kami sebagai rakyat majoriti yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Abd. Razak akan terus memberi kepercayaan kepada barisan Yang Berhormat yang dipilih oleh rakyat Malaysia. Jangan dibiarkan petualang-petualang negara terlepas bebas. Jangan dibiarkan lagi mereka melakukan perkara yang menyusahkan rakyat Malaysia. Kami majoriti rakyat yang mana Barisan Nasional mendapat mandat 133 kerusi parlimen mengharapkan satu perubahan besar dalam penguatkuasaan undang-undang negara. Tangkap dan penjarakan mereka semua agar negara akan terus aman di bawah lembayung Duli Yang Maha Mulia Yang Di-Pertuan Agong.

Kembalikan teras Melayu dan Islam di Malaysia. Kembalikan sejarah yang semakin dilupakan oleh generasi muda. Tiada sejarah, tiadalah masa kini. Buktikanlah kepada rakyat sekalian yang pemimpin Barisan Nasional ini adalah pemimpin yang tegas dan bersungguh untuk menjalankan tanggungjawab kepada rakyat yang memilih. Bukannya hanya pandai berkempen ceramah, berhimpun tetapi apabila melakukan transformasi terpaksa mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh orang lain. 

Kuatkan hati, kuatkan semangat Dato' Seri. Kami majoriti rakyat Malaysia yang menyokong Barisan Nasional akan terus berdiri teguh dibelakang Dato' Seri dan kepimpinan BN yang lain.

2 comments:

  1. Aku dah tak sabar2 nak tahu siapa kah 3 ekor monyet yang jadi dalang lahat datu.

    ReplyDelete

comment please.....