Konco-konco ku

Thursday, May 2, 2013

[N51 SIJANGKANG] FITNAH PAKATAN TERNYATA MEREKA SUDAH TERDESAK!!


Calon Barisan Nasional (BN) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sijangkang, Zurihan Yusop hari ini membuat laporan polis berhubung penyebaran SMS yang didakwa memfitnahnya.

Bekas guru itu berkata SMS itu kononnya mendakwa beliau menjalin hubungan sulit dengan seorang bekas pelajar diterimanya sehari selepas penamaan calon 20 April lalu.

Katanya beliau mendapat maklumat SMS fitnah itu telah disebarkan kepada pelbagai pihak termasuk orang awam.

"SMS ini saya terima daripada individu yang tidak dikenali dan kandungannya berunsurkan fitnah, jika benar saya mempunyai hubungan sulit dengan pelajar tunjukkan bukti," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Teluk Panglima Garang di sini.

Beliau berkata tuduhan dalam SMS itu tidak berasas dan tidak menolak ia mempunyai kaitan politik dan cubaan mencemarkan imejnya sebagai calon BN.

"Justeru saya membuat laporan polis hari ini untuk meminta pihak polis menyiasat siapa dalang sebenar di sebalik perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini," katanya. - Team Media Selangor

1 comment:

  1. ha3... puak setan PR kata BN amal politik lucah... tgk stail macam depa nak amal jugak politik lucah.. .betullah diorang ni.. apa yang mereka tuduh pada BN dan UMNO kompom lepas 2 mereka sendiri yang buat

    ReplyDelete

comment please.....