Konco-konco ku

Sunday, May 19, 2013

RASIONAL PENAHANAN ADAM ADLI BUKTI MENTERI KDN BUKAN SEKADAR AMARAN!!

TAHNIAH Datuk Seri Zahid Hamidi atas penahanan aktivis mahasiswa sewel, Adam Adli yang satu masa dulu pernah menggugat sentimen mahasiswa dengan beberapa provokasi bangang yang ditimbulkan oleh malaun ini bersama sebilangan lagi penggerak-penggerak mahasiswa yang sudah terlalu pandai untuk mengubah negara kononnya untuk menjadi lebih baik.

Adam Adli yang baru-baru ini ditahan di Bangsar dan dibawa ke Balai Polis Jinjang atas akta hasutan mendapat liputan yang meluas tak kira dari media pembangkang mahupun kerajaan. Ini membuktikan yang Menteri KDN yang baru kali ini adalah bersikap serius dalam membendung kegiatan hasutan yang semakin berleluasa di Malaysia hingga pembangkang mahu menggulingkan kerajaan melalui jalanan mengikut acuan Arab Springs.

Namun yang menyedihkan ada lagi puak-puak mahasiswa sewel yang lupa jasa dan harapan keluarga mereka untuk belajar di IPT ingin mengadakan himpunan dihadapan balai polis bagi membantah penahanan Adam Adli ini. Tak tahu apa sebabnya mereka nak berhimpun dengan menunjukkan sokongan terhadap budak mentah ini namun yang pasti mereka semua mahukan publisiti yang boleh menunjukkan kepada dunia yang mereka punyai 'STUDENT POWER'!!

Tolonglah wahai budak-budak tak habis belajar. Nak kata bodoh, masing-masing masuk IPT belajar sampai Degree. Nak kata pandai, masing-masing bodoh tak kaji dulu sejarah dan akta yang ada dalam negara. Kenapa nak langgar semua peraturan yang telah ditetapkan? Apa lagi yang mahasiswa golongan seperti kamu ni nak lagi? Mansuh PTPTN? Belajar kasi pandai lah dulu lepas tu pinjaman yang dibuat akan ditukar kepada biasiswa secara automatik jika mencapai 1st Class Degree ataupun Dean List. Susah ke?

Memang lah susah sebab masing-masing sibuk nak berdemo. Masing-masing sibuk dengar ceramah pembangkang yang menghasut rakyat untuk menggulingkan kerajaan melalui jalanan. Sampai tak ada masa nak study atau buat assignment yang diberikan lecturer masing-masing. Sibuk dengan aktiviti luar yang buatkan tak ada masa nak datang class sampai sanggup mohon cuti belajar pasal nak berkempen menangkan Anwar Juburi. Salah siapa? Tanya sendiri, jawab sendiri.

Menteri KDN yang baru ini diharapkan akan terus tegas seperti ini. Aku kenal ketegasan Datuk Seri Zahid Hamidi. Bukan jauh mana Sabak Bernam dengan Bagan Datoh tu. Aku salute pada Menteri KDN kali ini. Gunakanlah akta apa sekalipun asalkan negara Malaysia ini akan terus aman tenteram.

p/s: Pada hari Selasa (21/05/13), Nadi Rakyat Selangor bersama beberapa NGO sekitar Kuala Selangor akan membuat laporan polis berkenaan perhimpunan haram yang dianjurkan oleh pembangkang serta laporan polis tentang artikel ataupun status yang berunsur RASIS bertempat di IbuPejabat Polis Daerah Kuala Selangor jam 10.00 pagi. Mohon sebaran.

6 comments:

  1. Budak2 lepas SPM yg masuk U ni..elok ler belajor bagi abis..lepas tu kerja..bayar loan...
    Takde hebatnya kalau asyik buat kacau tak tentu hala...

    Kat U belajar ekonomi...ada ke subjek ngajor everything is FOC..

    ReplyDelete
  2. Alahai,ramai pulak yg simpati.Kesian budak ni,Permulaan ok,,pertengahan..keliru akhirnya pengakhiran pulak penyesalan tak sudah.Tak siapa boleh mengubahnya melainkan diri sendiri dan kaum keluarga terdekat.Tak tahu pula kot-kot sama menjahanankan masa depannya.Sejarah membuktikan ,kalau berkali-kali terlajak maka adalah sukar untuk kembali merenung kebelakang.

    ReplyDelete
  3. Dulu tak ramai yang macam ni, sebab kalau ada pun macam ni dulu, dia tu sah-sah otak sewel. Sekarang ni dah ramai, sebab yang sewel dulu tu dah jadi otai. Jadi banyaklah anak muridnya. Awas pelajar universiti, Taat ibubapa, hormati professor,pengajian diutama. Fokus kpd niat asal ke universiti bagi menjadi insan yang berjasa kepada agama bangsa dan tanah air. Jangan terpesong jadi anasir subversif , musuh dan petualang negara , nanti belajar tah ke mana,kalau dah jadi macam tu baik tak payah masuk universiti, bikin sampah saja

    ReplyDelete
  4. Budak hingusan mcmni pun ada juga org yg nak ikut dn pecaya. Belajar pun tak habis lg. Sudahlah. Elok la di tahan. Katanya dia ni org kepala batas. Anak buah Tun Dolah la.

    ReplyDelete
  5. Harap DS Ahmad Zahid Hamidi selaku menteri KDN bersikap tegas..Perhimpunan haram,demonstrasi haram ini kini byk berlaku ekoran tiada tindakan tegas yg diambil,hanyalh amaran semata-mata..kegagalan yg lalu jgn diulangi...

    ReplyDelete
  6. InsyaAllah, hari selasa aku hadir.

    ReplyDelete

comment please.....