Konco-konco ku

Wednesday, May 1, 2013

PKR SABAK BERNAM RASUAH PENDUDUK KAMPUNG RM120 UNTUK UNDI PAKATAN!!


JANJI pakatan memang bukan untuk ditunaikan. Mereka hanya pandai berjanji sedangkan yang melaksanakan adalah kerajaan Barisan Nasional. Apabila tidak dapat menunaikan janji maka disalahkannya Barisan Nasional kerana tidak membantu rakyat. Itulah perangai bangsat puak pakatan ni.

Inilah yang terjadi baru-baru ini di Sabak Bernam dimana calon parlimennya adalah Aziz Bari dari PKR. Penduduk kampung Sungai Tengar Utara telah dijanjikan dengan pemberian hak pemilikan tanah yang sedang mereka usahakan sebelum pembubaran parlimen lagi. Perkara ini telah diuruskan oleh PKR Sabak Bernam melalui Aziz Bari yang kononnya mahu memberi harapan baru kepada penduduk Sabak Bernam.

Para penduduk Sungai Tengar Utara, Sungai Air Tawar diminta untuk membayar RM380 untuk kerja-kerja mengukur tanah kepada Kerajaan Negeri Selangor melalui Pejabat Tanah Daerah Sabak Bernam. Seramai 300 orang penduduk kampung telah membayar RM380 dengan harapan perkara ini akan selesai kerana sudah lebih 2 tahun sejak pakatan memerintah mereka masih belum mengetahui status tanah yang sedang mereka usahakan dengan tanaman-tanaman kontan seperti sayur.

Tapi malangnya, selepas hari penamaan calon 20 April yang lalu, satu majlis telah dibuat oleh PKR Sabak Bernam dan memanggil semua 300 orang penduduk kampung untuk memulangkan semula duit upah ukur tanah RM380 beserta duit 'tutup mulut' RM120 kepada semua pemohon. Dengan bangganya Aziz Bari mengatakan kepada pemohon yang hadir bahawa kes ini telah selesai dan tidak perlu dibesar-besarkan.


Dengan merasuah penduduk Kampung Sungai Tengar Utara, Aziz Bari beranggapan yang dirinya akan selamat namun ternyata meleset apabila penduduk kampung akan menentang PKR habis-habisan. Dan yang lebih musykil apabila tanah yang dipohon oleh mereka sejak sekian lama dan telah pun diusahakan dikatakan perlu dipulangkan kembali kepada Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS).

Mana janji Aziz Bari yang dikatakan pakar undang-undang telah berjanji mahu membawa kes ini ke mahkamah berdasarkan Artikel 8 Perlembagaan Persekutuan yang mengatakan hak tanah ini milik sama rata. Sampai sekarang Aziz Bari tidak langsung memberi sebarang jawapan. Dengan hanya memberi RM120 sebagai duit 'tutup mulut' Aziz Bari beranggapan perkara ini telah pun selesai.

Ternyata pemimpin pakatan hanya pandai berjanji, tetapi tidak pernah ditepati.

Hari ini, lebih kurang 38 orang ahli serta penyokong pakatan Sabak Bernam telah menyerahkan borang keahlian UMNO kepada Pemangku Ketua Bahagian Sabak Bernam, Dato' Warno Dogol  bagi UMNO cawangan Simpang 4 BNO dan berikrar akan memberikan sokongan dan undi mereka kepada calon-calon dari Barisan Nasional.

8 comments:

  1. Pakatan Sebat Duit.....apasaje yang boleh buat duit mereka pasti kerjakan Aku bayar seribu lebih untuk dapatkan geran tanah tol........mereka sebat duit aku......konon nak bantu rakyat rupanya nak penuhkan kantung sendiri ketika masih ada kuasa.........ini adalah rasuah.....korap

    ReplyDelete
  2. AGENDA TUNTUTAN & ASPIRASI RAKYAT PRU13 : 5 Mei 2013

    Saya pilih parti2 dari PR kerana yakin mampu membuat PERUBAHAN TOTAL yang substantial dan impak besar kepada RAKYAT yang 55 tahun gagal direalisasikan oleh kerajaan KORUP BN seperti isu;

    1- penyediaan persekitaran pertumbuhan dan agihan ekonomi yang lebih mapan dan saksama kepada semua serta mewujud struktur sosio ekonomi yang seimbang ,

    2- mengekang kenaikan harga barangan dan perkhidmatan asas bagi mengurang kos sara hidup rakyat,

    3- pembaharuan amalan perolehan & kontrak kerajaan yang terbuka, telus, kompetetif dan menguntungkan rakyat serta negara,

    4- pembaharuan struktur perkhidmatan awam yang lebih patriotik, profesional , produktif & neutral kepada semua rakyat serta bukan dimonopoli oleh segelintir pegawai PTD yang tidak berintegriti & mengampu penguasa politik,

    5- pembaharuan Badan Akauntabiliti Negara supaya kerajaan pusat lebih bertanggungjawab dan berintegriti memerangi KORUPSI dengan meletakan Jabatan Audit Negara, SPRM, dan Biro Pengaduan Awam dibawah Kuasa Parlimen yang diasingkan dari Kuasa Eksekutif PM & Kabinet seperti PAC.

    6- pengasingan kuasa (separation of power) bagi Badan Kehakiman dan Badan Peundangan yang sewajarnya tidak dibawah Kuasa Pentadbiran PM/ Jemaah Menteri.

    7- menstruktur semula tugas agensi2 kerajaan yang gagal menangani KRISIS SOSIAL, AKHLAK/MORAL dan JENAYAH seperti agensi dadah, pdrm, penguatkuasa syariah, dll.

    8- mempertingkat infrastruktur dan mutu perkhidmatan perumahan, pendidikan, kesihatan, kebajikan dan kesejasteraan rakyat serta meningkatkan KUALITI HIDUP rakyat.

    9- membetulkan tadbir urus korporat & pengurusan entity awam yang mampu memaksimumkan pulangan hasil serta faedah tanggungjawab social yang tinggi terutama Syarikat2 Perbadanan kerajaan, GLC, PKEN, PETRONAS, PROTON, MAS, TNB, STM, Syarikat Pengurusan Bekalan Air, syarikat2 pengankutan awam/bas rapidkl, royalty minyak, dll.

    10- membebaskan Institusi Istana dan Institusi Islam dari pengaruh politik kepartian, serta menekankan pentadbiran agama , institusi pendidikan & NGO menggerak nilai kerohanian, ketamadunan dan budaya hidup rakyat yang murni dan cemerlang.

    11- memupuk ciri-ciri fundamental dalam gaya kepimpinan kerajaan yang BERWIBAWA (kompeten & kredibiliti), BERINTEGRITI (amanah & adil), demokratik dan dinamik yang prihatin dan mesra rakyat!

    PRU13____ untuk “PERUBAHAN TOTAL” & “POLITIK BARU” ..... undi tetap PAS/PR!
    [Rujuk Pelan Buku Jingga]

    ReplyDelete
  3. You all jangan percaya sama itu buku jingga........itu gula-gula saja......5 tahun sudah cukup merosakkan Selangor.......zahir dan batin........punah.......pelancung jadi pelacur....apa jadi yayasan Selangor........sayang kat institut kat Sabak Bernam,terbiar sepi.PR memang parti perosak.

    ReplyDelete
  4. Rakyat nak hasil bukan setakat berteori falsafah tak berkesudahan. Harga barang naik tu kerja peniaga peniaga yang dimonopoli oleh kaum yang mana celik mata je ingat duit. Mereka tak ikut law dan sanggup buat apa saja asal ontong.

    ReplyDelete
  5. 2008-2013 terbukti bila Pakatan kuasai Selangor....
    1..Ketua2 UMNO baru turun padang cari simpati rakyat yang mereka perhambakan dengan pelbagai "tol" selama ini.....
    2..Ketua2 UMNO mula berdemonstrasi jalanan saban hari walaupun mereka cemuh demonstrasi jalanan sebelum ini... mereka berdemo demi kontrak & projek "santa claus" yg terjejas kerana Pakatan tidak lagi layan amalan kronisme UMNO...
    3..Ketua2 UMNO tak bebas lagi memerintah Masjid2/Surau2 di Selangor secara diktator melalui JAIS atas nama Sultan! Pakatan merdekakan rakyat...Pengerusi/ AJK Masjid2/Surau2 dipilih bebas secara demokrasi & syura oleh semua rakyat ...
    4..Ketua2 UMNO semakin gelisah bila SELCAT membongkar satu persatu "penyelewengan" & "korupsi" mereka .... termasuk JKKK Persekutuan.. ..Ketua2 UMNO semakin merapu & meracau bila rakyat tergelak dengan hipokrasi 1Malaysia Najib jadi 2 JKKK (JKKK UMNO/BN Vs JKKK Negeri) & 2 Ketua disetiap kampong diSelangor .....
    5..Ketua2 UMNO semakin kalut bila program2 kebajikan rakyat Pakatan semakin terserlah... rebat bil air yg rendah, skim insuran kematian warga emas, hasil negari meningkat, reserve kewangan Selangor mencecah RM2 billion!, dll.
    6..Ketua2 UMNO semakin gudah bila masyarakat menengah Melayu & bandar pandang sinis terhadap segala kata2 "air liur basi" tuan2 besar mereka..
    7..Ketua2 UMNO terus kuciwa bila Najib menyindir "Program Syok Sendiri" bermuka2 mengampu PM/ TPM saja .....

    PRU13: Bye2 UMNO/BN... ahlan ya marhaban PAS & PR!

    -Anak Melayu Merdeka-

    ReplyDelete
  6. 2008 hg 2013 nusa bentara tak pernah tahu keadaan semasa ke atau saja saja butadan tuli rakyat selangor bangkit memberontak dgn airnya, sampahnya ,korupsinya , salah urusniaga bukalah telinga jgn pejamkan mata ,butakan hati

    ReplyDelete
  7. Diskriminasi terhadap beribu ribu penghuni flet, tak dapat air percuma. Walhal kalau sungguh hati, tentu ada jalan, nak seribu daya, tak nak seribu dalih.

    ReplyDelete
  8. Depa ni kaki tipu aja.. Ingat prof bole tipu org kampung ka.. Org sabak ni lagi cerdik dr prof pkr ni.. Jangan cuba.. Nanti kami sumbat mulut tu dgn tempe tebuk pulai .. Baru tauu..

    ReplyDelete

comment please.....