Konco-konco ku

Monday, May 27, 2013

MUSUH UTAMA!! RED BEAN ARMY ATAU 'GUNTING DALAM LIPATAN'??

SEJAK berlalunya pilihanraya umum yang ke 13 pada 05 Mei yang lepas, kita didendangkan dengan kemerosotan undi dari kaum Cina yang ternyata jelas dilihat bahawa sokongan pengundi dari masyarakat Cina terutama golongan muda tidak terarah kepada BN. Malah bukan itu sahaja, sokongan pengundi muda bagi kaum-kaum lain juga dilihat bukan lagi menyokong Barisan Nasional. Di mana silapnya?

Persoalan menarik yang cuba aku ketengahkan adalah, adakah PM Najib lebih gerunkan batalion 'Red Bean Army' yang dibiayai jutaan ringgit dari luar negara atau takutkan individu 'Gunting Dalam Lipatan' yang dibayar ribuan ringgit di dalam agensi kerajaan sendiri?

Kenapa kita tak melihat penglibatan orang dalam pejabat sendiri yang memberi maklumat SULIT kepada pihak pembangkang untuk menghentam kita. Kenapa kita hanya mampu melihat dan membiarkan mereka-mereka ini menghancurkan kerajaan pimpinan PM Najib dari dalam. Apa tindakan kita sebenarnya?

Tanpa banyak berceloteh, rungkaian salah seorang blogger harus diambil perhatian dengan sewajarnya. Kaji dan bertindaklah sebelum lebih banyak lagi kerusi-kerusi parlimen yang akan terkubur. Baca lagi di SINI.

1 comment:

  1. selidik dulu RBA ni, baru kita dapat tahu original source mereka... lepas tu buat tindakan bawah OSA...

    ReplyDelete

comment please.....