Konco-konco ku

Friday, May 31, 2013

LUAHAN RASA!! KHIR TOYO PUTUS HARAPAN ATAS KES DI MAHKAMAH!!

SEMALAM Dr. Khir Toyo, bekas Menteri Besar Selangor telah dijatuhkan hukum dan rayuannya kepada hakim mahkamah rayuan telah ditolak oleh ketiga-tiga hakim yang bertugas. Kes rumah yang menjadi penyebab beliau diheret ke mahkamah seperti mahukan Dr. Khir Toyo menjadi 'kambing hitam' kepada kerajaan pimpinan Najib Razak agar dilihat sistem perundangan di negara ini kelihatan telus tetapi biarlah diperjelaskan dalam mahkamah tentang segala pertanyaan Peguam Pembela.

Jom kita baca sendiri luahan hati Dr. Khir Toyo.....

1. Semalam, Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan telah membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan saya. 

2. Saya akan merayu di Mahkamah Persekutuan terhadap keputusan ini tapi saya tidak mengharapkan peluang untuk dibebaskan secerah semasa kes ini di Mahkamah Rayuan.

3. Saya hadir ke Mahkamah Rayuan dengan harapan yang tinggi kerana saya percaya saya tidak melakukan apa-apa kesalahan rasuah mahu pun pecah amanah.

4. Saya membeli rumah dengan harga pasaran. Saya tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsudin Haryoni berbanding syarikat-syarikat lain yang melakukan usahasama dengan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.

5. Saya dimaklumkan bahawa tuduhan ke atas saya di bawah Perkara 165 Kanun Keseksaan tidak memerlukan sebarang bukti ada keistimewaan diberikan kepada Shamsuddin. Dengan kata lain, apa yang perlu dibuktikan ialah saya telah membeli sesuatu barangan dengan harga yang tidak mencukupi daripada seseorang yang diketahui mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai penjawat awam. 

6. Saya tidak pasti bagaimana mahu membeli rumah kerana hampir kebanyakan "developer" mempunyai hubungan rasmi dengan saya sebagai Menteri Besar Selangor.

7. Sudah tentu ada yang berkata belilah rumah mengikut harga sebenar. Saya bersetuju dengan pandangan tersebut. Sebab itu saya minta diadakan penilaian ke atas rumah separuh siap yang mahu dijual oleh Shamsuddin kepada saya. Baca lagi di SINI.

8 comments:

  1. bukan nak kata apalah, dulu tak ingat yg dunia nie bulat, la nie tanggunglah sendiri, ingat selangor jatuh pasal kat kau, nasib badan lah, esok nak botok kat mana lak bila dah masuk dlm penjara ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, dunia ni bulat. Jangan menghina. Hati mau baik. Hari ni dugaan dia, esok, lusa, tulat, nasib ko tak tau lagi. Usah takbur.

      Delete
  2. ADakah bersalah kalau kita ( wakil rakyat ) kenal ramai orang seperti kontraktor bila nak beli rumah..hak tuan rumah nak jual rumah murah juga boleh dipertikai...
    Kesimpulannya
    Kepada pemimpin politik anda tidak boleh beli rumah mengikut citarasa anda...sila tidur ditepi2 longkang atau pun dalam tandas...

    ReplyDelete
  3. Jika benar dia tidak bersalah, bermakna dia telah dianiaya. Maka dia boleh berdoa apa saja kerana doa orang teraniaya itu akan dimakbulkan.

    ReplyDelete
  4. CRITE PASAL KES LAH , KUCING AKU TAHU DUNIA NI TIGA SEGI
    PRU 12 JATUH PASAL TUN DOLL MEREBAK KERATA NEGERI SBB DIA LEPASKN RAJA LIWAT KAU
    DR,KHIR DONT EVER GIVE UP,U INSYALLAH WILL BE FREE , AKU TAK DA APA CONNECTION DGN U TAPI INI U TERANINYANYA , SABAR BERDOA DN BERTAWAKAL , KUN FA YA KUN KATA ALLAH TAKDA SAPA BOLIH MENGHALANG WALAU SERATUS HAKIMMMM

    ReplyDelete
  5. Dunia ni bulat...ingat Dato Khir semasa pembeli rumah terbengkalai Alam perdana hendak jumpa dato...apa dato kata kepada ajk rumah terbengkalai Alam Perdana...kenapa beli rumah terbengkalai????ingatkah dato....sekarang sbg salah seorang ajk rumah alam perdana kita orang tanya balik pada dato kenapa beli rumah dengan harga murah....maaf dulu dato tanya soalan bodoh ..now kita org sekarang pun tanya soalan bodoh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak baik buat macam tu. Itu kan semua qada & qadar. Ada hikmah disebaliknya. Kalau dah dapat diatasi bersyukurlah.

      Delete
  6. selangor jatuh pasal dia lah.tak kisah dia beli rumah ini murah dari harga pasaran yang jelas masih di luar kemampuan beliau untuk bayar bulan.Harga rumah dibeli oleh khir toyo RM 3.5 juta.Mana dia dapat wang untuk beli rumah harga tersebut dengan income sebagai MB.

    ReplyDelete

comment please.....