Konco-konco ku

Thursday, May 30, 2013

GEMPAR!! PEGAWAI KHAS XAVIER DIHALAU KELUAR ANWAR DARI MESYUARAT!!

PERBALAHAN berkenaan pemilihan exco Selangor yang baru ini kembali memanaskan suasana apabila senarai nama akhir bagi barisan exco telah disahkan oleh Sultan Selangor sendiri. Malam semalam bertempat di kediaman Anwar Ibrahim di Segambut, satu rombongan khas dari kepimpinan pakatan Selangor telah bermesyuarat untuk memujuk Anwar supaya merombak kembali barisan exco yang telah ditetapkan oleh Khalid Gagap.

Dalam mesyuarat tersebut, wakil Xavier Jayakumar (ADUN Seri Andalas) telah dihalau keluar oleh Anwar sendiri kerana berlaku ketegangan dalam proses memujuk supaya Xavier dapat kembali menjadi exco bagi mewakili masyarakat India di Selangor.

Tetapi malangnya ditolak oleh Anwar dengan alasan Sultan Selangor yang menolak pemilihan ADUN Seri Andalas tersebut. Suasana yang panas tersebut menyebabkan ada yang hilang sabar dan bertindak keluar dari bilik mesyuarat.

Selain Xavier, seorang lagi bekas exco turut digugurkan oleh Khalid Gagap iaitu Yaakob Sapari (ADUN Kota Anggerik) yang dikatakan adalah rakan karib Azmin Ali dalam agenda menjatuhkan Khalid Gagap sebagai Menteri Besar.

Nampaknya pertembungan antara dua kem (Azmin-Khalid) semakin menarik untuk diperhatikan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....