Konco-konco ku

Friday, May 31, 2013

AKTA MEDIA SOSIAL DIKAJI SEMULA!! PENGAMAL MEDIA SOSIAL WAJAR BERDISPLIN!!

Kementerian Komunikasi dan Multimedia sedang mengkaji undang-undang mengenai penyalahgunaan media sosial yang dilihat boleh mengganggu gugat keharmonian negara. 

Menterinya, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata pihak kementerian sedang memantau kaedah yang diguna pakai negara lain dalam menangani isu berkenaan.

Katanya, penyalahgunaan media sosial jika tidak dipantau dikhuatiri akan menjurus kepada penyiaran berita yang tidak dapat dipastikan kesahihan sumbernya dan juga berbaur hasutan. 

Isu penyalahgunaan media sosial perlu diteliti kerana dalam melaksanakan undang-undang berkenaan, kita tidak mahu menyekat kebebasan bersuara. 

Semua pengamal media termasuk pengendali media sosial perlu lebih bertanggungjawab terhadap bahan berita yang dihasilkan kerana dikhuatiri akan menjadi punca perbalahan kaum dan agama di negara ini, katanya.

Beliau mengulas kenyataan Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Azwanddin Hamzah, yang menggesa kerajaan Malaysia mengambil contoh Singapura untuk mewajibkan lesen terhadap semua laman web berita di negara ini. 

Azwanddin juga dipetik berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) perlu memainkan peranan penting dalam menguatkuasakan lesen kepada pengendali laman web berita bagi memudahkan kerajaan mengambil tindakan terhadap pihak yang menerbitkan berita dan laporan berbaur hasutan. - AP

1 comment:

  1. Akta sedia ada JELAS...cukup untuk dibawa ke mahkamah......
    cuma perlaksanaan je yang belum nampak sangat sebelum ini
    ....kalau dah ada 2-3 kes...dan tindakan/hukuman terlaksana...maka disebarkan seluas luasnya...pasti cyber-cyber troper tu takut....

    Mengawal lebih mudah dari mengubati...

    ReplyDelete

comment please.....