Konco-konco ku

Saturday, May 4, 2013

GEMPAR!! PAS AKAN MUFARAKAH DARI PAKATAN SELEPAS PRU13!!!

ISU yang agak hangat sejak dua hari kebelakangan ini yang mana menyaksikan pertembungan atau perbalahan yang besar antara dua parti berlainan matlamat di dalam pakatan haram. Umum juga telah mengetahui bahawa ketiga-tiga parti yang bergabung dibawah pakatan haram adalah parti yang masing-masing punyai masalah dan berlainan fahaman.

Sebelum ini Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez dalam salah satu kenyataan media yang dikeluarkan ada menyebut bahawa rakyat Johor jangan memperjudikan masa depan dengan mengundi PAS. Kenyataan ini dikeluarkan sendiri oleh webportal mereka MalaysiaKini dan seterusnya telah ditarik balik atas arahan Anwar yang tidak mahu pakatan dilihat sebagai sebuah pakatan yang tidak sepakat lebih-lebih lagi menjelang pilihanraya.

Lantas, sebagai tindak balas terhadap kenyataan pemimpin DAP Johor tersebut, sepucuk surat dari PAS Pusat dengan ditandatangani oleh Setiausaha Agong Zinanya, Mustapa Ali telah dikeluarkan bagi membuat serangan balas terhadap DAP. Arahan yang wajib dipatuhi oleh semua ahli PAS seluruh Malaysia adalah supaya tidak memberi undi kepada DAP melainkan undi hanya kepada PAS. Pakatan macam mana yang cuba ditunjukkan oleh puak pakatan dalam memerintah sebuah parti gabungan?

Surat tersebut juga telah dimuatnaik oleh laman facebook DAP Penang yang mana mempersoalkan kebenaran surat tersebut. Ternyata pakatan dilihat semakin bergolak.

Dalam blog Azmin Ali Jamban pula ada menyebut salah satu parti gabungan mereka akan bermufarakah dari pakatan atas sebab-sebab yang sudah tidak dapat langsung dielakkan. PAS adalah parti yang memang langsung tidak sebulu dengan PKR dan DAP. Mereka memang sudah lama mahu mufarakah dari pakatan tetapi dihalang oleh Anwar kerana jika PAS keluar dari pakatan, kekuatan pakatan tidak akan merangkumi satu Malaysia dan cita-cita si peliwat untuk menjadi PM bakal terkubur hingga bila-bila.

Saudara boleh lah nilaikan sendiri sebab apa pergolakan mereka tidak akan pernah selesai.

UNDILAH BARISAN NASIONAL

4 comments:

  1. lakonan je tu. toksah dok percaya. kalau pas msk bn pun masalah yg sama akan muncul

    ReplyDelete
  2. BN mmg lebih baik persepakatan & hala-tujunya berbanding PR.

    ReplyDelete
  3. PAS umpama parasit sahaja, tmpang kat mane pun, rumah tumpangan akan rosak dan huru hara......selagi pemimpin2 PAS yang ada sekarang masih bertaktha PAS akan tetap begitu selamanya...

    ReplyDelete
  4. Undi BN! Hancurkan Pakatan.

    ReplyDelete

comment please.....