SELEPAS Malaysia menyaksikan Barisan Nasional serta DS Najib Tun Razak berjaya mengekalkan kerusi Perdana Menteri Malaysia ke-7 nya, kita masih lagi mencari satu formula untuk menyatukan kembali rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama demi mencapai satu negara bangsa yang harmoni dan lebih stabil.
Semenjak pengambilalihan kuasa orang nombor satu negara dari Pak Lah, DS Najib berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat utama keharmonian dan kestabilan Malaysia dalam rakyat berbilang bangsa dan agama di Malaysia. Pelbagai program transformasi yang telah dilakukan oleh beliau yang boleh kita katakan DS Najib adalah salah seorang pemimpin hebat zaman ini yang terlalu terdedah dengan pelbagai fitnah yang direka-reka oleh pihak pakatan yang tidak pernah putus untuk menjatuhkan kerajaan sedia ada.
Konsep Gagasan 1 Malaysia yang diperkenalkan DS Najib beberapa tahun sebelum ini nampaknya tidak menampakkan kesan setelah kita melihat sendiri keputusan PRU13 yang menunjukkan rakyat semakin bersikap menjaga hak dan bangsa mereka sendiri. Penyatuan yang cuba diperkenalkan oleh DS Najib masih lagi kurang berjaya menyedarkan rakyat Malaysia erti keharmonian dan kestabilan politik di Malaysia.
Apakah semua dasar yang di kemukakan dalam masa 5 tahun menerajui kerajaan di tolak?Jika ditolak kenapa?PM Najib memperkenalkan berbagai-bagai dasar,gagasan dan berbagai-bagai transforamsi tetapi rupa-rupanya PM Najib seakan-akan `one man show’ kerana segala dasar-dasar serta gagasan-gagasan beliau gagal di hayati dan dirasai oleh jiwa rakyat.
Sala satu induk pada teras pentadbiran PM Najib adalah Gagasan 1Malaysia tetapi malangnya Gagasan 1Malaysia rupa-rupanya hanya disambut pada slogan,diterima pada pada nilai Ringgit Malaysia yang dibawa bersama dan bukannya pada roh dan semangatnya. Mengapa perkara ini berlaku? Sasarannya jelasnya kerana agensi yang bertanggung jawab membawa harapan PM Najib ini pun sebenarnya menilai pada Ringgit Malaysia semata-mata.
PM Najib membayarnya pada harga yang cukup mahal apabila merubah struktur BTN secara tiba-tiba bila BTN diberikan tanggungjawab khas mempromosikan Gagasan 1Malaysia dengan menganjurkan berbaga-ibagai acara,menerbitkan puluhan buku yang menelan belanja jutaan ringgit malah hingga mengangkat kedudukan Ketua Pengarahnya daripada Gred Jusa C ke Jusa A namun segala curahan kewangan berjuta-juta ringgit dan kenaikan pangkat Ketua Pengarah serta Pengarah-Pengarah lain tidak menjamin kejayaan kepada penerimaan 1Malaysia. Baca lagi di SINI.
ada betul dan ada salahnya...tp bagi saya apa yg dihajatkan oleh DS Najib mmg satu sifat pemimpin islam yg terpuji...memimpin negara dengan sifat2 kesederhanaan dan keadilan ekonomi untuk semua. Hanya ditakdirkan wujud seekor manusia bernama anwar ibrahim..mungkn dia juga dajjal yg diberitahu didalam AlQuran...janji syurganya neraka bg Allah, janji nerakanya syurga bagi Allah...kaji lah sifat2nya...nampak cucuk karakter seekor dajjal..
ReplyDelete