Konco-konco ku

Thursday, May 30, 2013

RAYUAN KES RASUAH DR. KHIR TOYO DITOLAK TIGA HAKIM MAHKAMAH!!

Bekas Menteri Besar Selangor, Dr. Mohamad Khir Toyo kalah dalam perbicaraan kes rasuah yang dikenakan terhadap dirinya dan mengekalkan hukuman penjara 12 bulan.

Mohamad Khir didakwa mendapatkan untuk dirinya dan isteri Datin Sri Zahrah Kechik, 45, dua lot tanah dan sebuah rumah di alamat NO 8 & 10, Jalan Suasa 7/1L, Shah Alam daripada Pengarah syarikat Ditamas Sdn Bhd  Datuk Seri Shamsuddin Hayroni, tahun lepas.

Menurut rekod, Mohamad Khir mendapatkan hartanah tersebut dengan harga RM 3.5 juta sedangkan Ditamas membeli dengan nilai RM 6.5 juta pada 23 Disember 2004.

Beliau didakwa melakukan kesalahan tersebut pada 29 Mei 2007 di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor (pada waktu itu) di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7, Shah Alam.

Tiga panel hakim yang diketuai Datuk Seri Abu Samah Nordin bagaimanapun membenarkan peguam perayu Datuk Seri Mohamad Shafee Abdullah agar menangguhkan pelaksanaan hukuman sementara menantikan keputusan rayuan Mahkamah Persekutuan.

Hakim Datuk Azahar Mohamed yang membacakan penghakimannya selama hampir dua jam berkata panel tiga hakim yang turut dianggotai Datuk Aziah Ali telah sebulat suara berpendapat bahawa tiada sebab untuk mahkamah rayuan mengganggu dapatan fakta serta penyabitan yang dibuat oleh hakim mahkamah tinggi pada 23 Dis, 2011.   

Beliau berkata setelah meneliti semua rekod rayuan, serta hujah daripada kedua-dua pihak, panel bersetuju bahawa hakim perbicaran telah membuat keputusan yang tepat dan tidak terkhilaf dalam menyabitkan Dr Mohamad Khir dengan pertuduhan itu. - KLPos

2 comments:

  1. Syabas kepada tuan ,
    walau keputusan mahkamah tidak memihak kepada tuan, tidak pula tuan mengwar-war kan kepada seluruhMalaysia bahawa keputusan itu tdak adil dan sebagainya.

    Mudah mudahan tuan akan berjaya dalam rayuan itu nanti .Inn Sya Allah.

    ReplyDelete
  2. Bila pula si DAP durjana itu nak dibicarakan atas kes-kes rasuah mereka - sila KDN siasat hal PENGKHIANATAN negara dan PENIPUAN oleh dalang DAP seperti yang dilapurkan di: http://www.umno-online.my/?p=69327

    State Govt Does Not Control Foreign Ownership At World Heritage Site – Penang BN Youth

    GEORGE TOWN, Oct 6 – Penang Barisan Nasional (BN) Youth claims the state government does not have a policy to protect 4,000 premises at UNESCO World Heritage site here.
    Its chief, Oh Tong Keong said the state government should have a plan to control foreign ownership of heritage premises as the position of Penang in world heritage is very important.

    “The state government must control ownership by foreigners. If all premises at George Town Heritage Site are owned by foreigners, it is a great loss to Penang people,” he told reporters here today.
    A Penang BN Youth study found that 82 out of 120 heritage premises are owned by foreigners, mostly Australians and Singaporeans.

    Most of the premises are in the centre of George Town Heritage Site like Love Lane, Lebuh Chulia, Lebuh Armenia, Lebuh Stewart and Jalan Masjid Kapitan Keling….Penang BN Youth deplored the state government statement that of 882 titles that involve transfer of ownership, only 34 lots were owned by foreigners..--

    Sedangkanrakyat Malaysia terutamanya dari Melayu dan Bumiputera lain, termasuk yang miskin, DIHALAU dari negeri dan negara asal hak dan warisan berzaman nenek moyang kita, dari sebelum dijajah British lagi! Ini juga berlaku di Selangor contohnya tanah-tanah negeri yang dijual murah kepada syarikat-syarikat Bukan Bumiputera.

    MAKCIK Tempurung.

    (PERHATIAN: ada PENYAMUN penakut disyaki dari DAP/PKR durjana yang sekarang meniru gelaran saya tetapi sebagai "Pakcik Tempurung/Temporung" untuk mengelirukan pembaca)

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...