Konco-konco ku

Saturday, May 4, 2013

PKR CABANG KUALA LANGAT LUMPUH!! LEBIH 1,000 AHLINYA KELUAR PARTI SOKONG BN!!

KHABAR dukacita kepada PKR Kuala Langat apabila malam tadi lebih 1,000 ahli dan penyokong PKR Cabang Kuala Langat keluar parti dan memberi sokongan kepada BN rentetan penolakan Abdullah Sani sebagai calon Parlimen Kuala Langat.

Mereka yang ditemui malam tadi di Sijangkang berkata kepada calon BN DUN Sijangkang, Cikgu Zurihan bahawa PRU13 kali ini mereka akan memberikan undi mereka kepada Barisan Nasional kerana janji-janji pakatan tidak pernah tertunai selepas mereka menang 5 tahun lalu.

Ini adalah berita yang amat menggemparkan Selangor. Ternyata 'SEMANGAT DACING' telah mula merebak ke seluruh Selangor dan harapan rakyat supaya Selangor kembali kepada Barisan Nasional ternyata menjadi kenyataan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....