Konco-konco ku

Friday, May 3, 2013

TERKINI!! 100 AHLI PKR KEPALA BATAS KELUAR PARTI!!


Lebih 100 penyokong dan anggota PKR berketurunan India dalam kawasan Parlimen Kepala Batas hari ini menutup bilik operasi parti itu di Kampung Kovil di sini. 

Mereka juga berikrar memberi sokongan dan mengundi Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 ini.

Wakil kumpulan itu, R. James, 33, berkata mereka berbuat demikian setelah sedar diperdayakan oleh PKR dan banyak janji pembangkang itu tidak ditunaikan.

Katanya pihaknya menghadapi pelbagai masalah dan kecewa apabila semua aduan mereka tidak dilayan oleh pemimpin PKR kawasan itu. 

"Bagi menunjukkan tanda sokongan kepada BN, bilik gerakan ditutup dan semua bendera pembangkang di kawasan kita diturunkan," katanya di sini. 

Kumpulan itu menyatakan sokongan kepada BN pada majlis yang dihadiri bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan calon BN Parlimen Kepala Batas Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican.

Sementara itu, Reezal Merican berkata sokongan kumpulan berkenaan kepada BN membuktikan masyarakat India telah kembali kepada BN.

"Masyarakat India sekarang ini yakin hanya BN yang dapat menyelesaikan masalah yang mereka hadapi. Selama ini BN tidak pernah meminggirkan mana-mana kaum dan memberi bantuan kepada semua tanpa mengira bangsa dan agama," katanya.

2 comments:

  1. ni juga yg terjadi kat kedah...bukan calang2 yg keluar parti...ekstrimis pas kedah ramai yg isytihar keluar parti..

    ReplyDelete

comment please.....