Konco-konco ku

Saturday, May 4, 2013

PROJEK BERNILAI RM 1 BILION DILULUSKAN DALAM 8HARI!! PROJEK LANGAT 2??


Kerajaan berkebajikan betul lah Selangor ni…TERKEJUT dan kecewa pun ada apabila sebuah portal Sel13.com mendedahkan dengan terperinci berkenaan satu dokumen yang mereka perolehi tentang penyelewengan terbaru Teresa Kok dan Khalid Gagap.  Dokumen yang meluluskan pembinaan satu projek mega dari negara China dengan menggunakan tanah Yayasan Selangor dinamakan Solar Photovaltaic Power Plant.
 
Apa jadi dengan nasib rakyat Selangor yang mahukan air bersih dari Loji Rawatan Air Langat 2? MB Khalid siap iklankan diri "Your Vote For Sunday Will Determine Your Children Future".  Biar betul, air yang diperlukan untuk bangunkan ekonomi dalam erti kata lain nak bangunkan mada depan generasi kita, kenapa tak selesaikan isu air?
 
Sehingga kini lebih 2 tahun rakyat Selangor masih tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya dari Khalid Gagap berkenaan isu air bersih di Selangor. Cuba cakap sikit Khalid, apa masa depan anak-anak sekarang?  Tapi, kenapa projek kroni yang diberikan kepada Kok Chee Keong seorang ahli DAP yang juga proksi Teresa Kok melalui syarikat dari China iaitu Goldsino Investment Development Limited, projek yang menelan belanja RM 1 billion itu berjaya diselesaikan dalam masa hanya 8hari atas arahan dari Khalid Gagap.
 
Mustahil bagi rakyat Selangor yang mahukan Khalid Gagap menyelesaikan masalah air bersih yang telah memakan masa selama hampir 2 tahun namun sehingga kini perkara itu tak dapat diselesaikan kerana ego dan sombongnya kerajaan Selangor terhadap kerajaan persekutuan yang mahu membantu rakyat Selangor. 
 
Sikap double-standard yang ditunjukkan oleh Khalid membuktikan yang beliau ada masalah dan mungkin berdendam dengan kerajaan persekutuan sehingga ke hari ini. Bermacam-macam alasan yang diberikan kepada rakyat Selangor bagi menutup kelemahan sedia ada sehinggalah SYABAS dipersalahkan kerana tidak dapat membekalkan air bersih dan berlaku gangguan air dikawasan-kawasan tertentu.
 
Projek 'direct-nego' bernilai RM 1 billion ini akan menggunakan dua tanah milik Yayasan Selangor yang berada di Dengkil dan Kuala Kubu Baru. Sedangkan Mereka membatalkan pembinaan UiTM di Kuala Kubu Baru pada awal pemerintahan, tapi kini Yayasan Selangor senang-senang meluluskan tanah tersebut untuk diberikan kepada kroni Teresa Kok. Jampi serapah apa yang Teresa Kok gunakan untuk menundukkan Khalid Gagap supaya meluluskan tanah tersebut? $$$$ ke??
 
Sebagai rakyat Selangor juga aku terasa kecewa dengan pentadbiran yang diamanahkan kepada Khalid Gagap. Yayasan Selangor yang diwujudkan sepatutnya untuk membantu anak-anak Melayu kini disalahgunakan dengan sewenang-wenangnya. Tanah yang sepatutnya diberikan kepada UiTM untuk didirikan sebuah pusat pengajian tinggi kini telah menjadi hak milik bangsa asing dari negara asing dengan perjanjian selama 25tahun. Apa lagi yang hak anak Melayu di Selangor tinggal? Semua aset kerajaan negeri telah habis dilelong. Kini tanah milik Yayasan Selangor pula bakal tergadai.
 
Pelik dengan sikap lepas tangan Khalid Gagap yang lebih mementingkan pembangunan tenaga solar dari pembangunan loji Langat 2. Manusia kalau tak ada elektrik tak ada lampu belum tentu mati, tapi jika air bersih untuk kegunaan seharian tak dapat disediakan boleh jadi satu penyakit dan boleh mengorbankan nyawa. Fikirkanlah kesan dan akibat yang diambil. Jangan hanya kerana mahukan keuntungan berlipat kali ganda selama 25tahun, tanah untuk orang Melayu digadaikan kepada bangsa asing.
 
Time nak bina loji Langat 2 mulalah Khalid berdolak dalih dengan mengatakan pemberian projek tersebut hanyalah kepada kroni BN sedangkan projek tenaga solar ini beri kepada kroni siapa? Kroni BN jugak?
 
Apabila ditimbulkan lagi tentang pembinaan loji Langat 2 ni, mulalah Khalid beri alasan sedang membuat kajian tentang pembenihan awan dan sumber air bawah tanah. Namun sehingga hari ini, sudah lebih 2 tahun tiada satu projek pun yang dijalankan. Tak kan buat kajian untuk membantu rakyat sampai mengambil masa lebih 2 tahun?
 
Sedangkan untuk kelulusan pembinaan tenaga solar yang dicadangkan oleh Teresa Kok hanya mengambil masa 8hari untuk projek bernilai RM 1 bilion, adakah mustahil untuk Khalid menyegerakan kelulusan pembinaan projek Langat 2 dalam masa sebulan? 
 
Dokumen tentang projek mega ini ada didedahkan, jadi Khalid dan Teresa Kok jangan nak lari lagi. Perkara ini serius kerana melibatkan tanah Yayasan Selangor yang sepatutnya digunakan untuk pembangunan rakyat Selangor, bukan untuk mengkayakan kroni menggunakan syarikat proksi dari negara China!

3 comments:

  1. Sekiranya BN ditakdirkan berkuasa semula di Selangor, jangan pula buat buta tentang perkara sebegini. Sedangkan jambatan bengkok boleh dibatalkan, inikan pula projek segera. Janganlah selepas Khalid, orang BN pulak yang perah hasil, dan lemparkan beban kepada Khalid dan kerajaan 2008-2013.

    ReplyDelete
  2. kabare wak.........ngundi di mana...............

    ReplyDelete
  3. HELLO WAK JAWA...........LAMA TAK UPDATE...........MACAM MANA KAMPUNG KITA..........

    ReplyDelete

comment please.....