Konco-konco ku

Tuesday, May 8, 2012

PRU 13: NOH SIFATKAN PAS SEMAKIN NAZAK DAN SESAT!!!


SHAH ALAM: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Seri Noh Omar menyifatkan PAS masih samar akan halatuju parti itu menjelang pilihan raya umum tidak lama lagi.

Noh berkata percanggahan pendapat bukan perkara baru dalam gagasan Pakatan Rakyat (PR) sekaligus membayangkan pendirian yang berkecamuk sesama pemimpin mereka.

"Kalau kenyataan PAS ini selalu bercanggah sebab pembangkang ini tidak ada perancangan untuk masa hadapan parti.

"Tetapi bagi saya...saya tidak hairan kalau pemimpin PAS bagi kenyataan yang bercanggah kerana PAS ini pun bukan sahaja pemimpin yang bercanggah tetapi hala tujunya pun tidak pasti," katanya kepada Antarapos.com ketika dihubungi tadi.

Semalam Timbalan Presiden PAS, Mohammad Sabu menyatakan peningkatan sebanyak 5 peratus sokongan orang Melayu berdasarkan selepas timbulnya isu-isu penyelewengan Umno-Barisan Nasional termasuk isu NFC, PTPTN dan kehilangan wang zakat Wilayah Persekutuan.

Namun Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dalam satu sidang media semalam sebaliknya menjelaskan bahawa parti itu mengalami kesukaran untuk bersaing dengan UMNO bagi mendapatkan sokongan pengundi Melayu terutamanya di kawasan luar bandar dan Felda.

"Jadi saya harap penyokong-penyokong PAS hendaklah sedar bahawa mereka ini sudah lama ditipu oleh pemimpin-pemimpin mereka.

"Jadi hari ini sudah nampak tembelang mereka sudah mula pecah...bukan sahaja dari segi arah tuju perjuangan parti tetapi pemimpin mereka juga memberi kenyataan yang bercanggah," katanya.

Ditanya lebih lanjut berhubung Mat Sabu yang mengaitkan sokongan Melayu semakin terhakis kepada Umno disebabkan isu-isu penyelewengan dan PTPTN, Noh kemudiannya menegur PAS yang jarang menegur soal moral pimpinan PR yang kini dilihat semakin hancur.

"Kalau Mat Sabu, namanya dah Mat Sabu, dia tidak akan sentuh dari segi moral sebab dia pun tahu sejarah moral dia sendiri.

"Jadi dia tidak mahu nanti kalau dia sentuh moral, nanti orang kata paku dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih," katanya lagi.

-AntaraPos

No comments:

Post a Comment

comment please.....