Konco-konco ku

Tuesday, May 8, 2012

APA THE ECONOMIST MEREPEK SAKAN PASAL BERSIH 3 NI??


PERHIMPUNAN Bersih telah dengan cepat meletakkan kedudukannya sebagai sesuatu yang ritual dalam kalendar politik Malaysia.

Skripnya adalah seperti ini: beribu-ribu penunjuk perasaan mengumumkan mereka akan berarak di Kuala Lumpur untuk menuntut reformasi sistem pilihan raya; kerajaan yang gelabah dan pemimpin protes menghabiskan masa berhari-hari bagi tawar-menawar tempat yang lebih sesuai.

Protes diteruskan dengan mengingkari arahan polis; keganasan terjadi, beratus-ratus orang ditangkap; kerajaan mengeluarkan beberapa permohonan maaf; semua orang balik ke rumah.

Cuma yang berbeza adalah kesan politiknya. Tahun lepas, ia adalah besar - tahun ini barangkali sangat kecil.

Bersih bermaksud 'bersih' dalam bahasa Melayu dan pergerakan Bersih terdiri daripada gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan organisasi hak sivil yang mahu sistem pilihan raya dibersihkan bagi membolehkan semua parti mendapat peluang yang saksama untuk memenangi pilihan raya.

Pada masa ini ramai mendakwa sistem pilihan raya telah dimanipulasi dengan banyaknya supaya memihak kepada parti pemerintah, Barisan Nasional (BN) yang telah berkuasa secara berterusan sejak negara ini mencapai kemerdekaan daripada Britain bermula pada 1957.

Oleh itu, Bersih tidak dapat dipisahkan daripada matlamat perjuangan pembangkang, yang diketuai oleh Anwar Ibrahim.

Perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April pastinya telah menarik lebih ramai orang berbanding perhimpunan tahun lepas, mungkin seramai 80,000 orang (walaupun polis meletakkan angka separuh daripada jumlah itu).

Dalam keadaan hampir pasti pilihan raya umum akan diadakan pada bulan-bulan akan datang, minat yang tinggi tidaklah mengejutkan.

Tetapi jika dibuat perbandingan, perhimpunan tahun lalu yang bilangan penunjuk perasaan adalah kecil, lebih mencapai kesan politik yang hebat.

Pada masa itu, kerajaan Najib Tun Razak tidak mengendalikan keseluruhan situasi dengan baik.

Beribu-ribu polis antirusuhan telah dirakam oleh kamera video dan telefon pintar memukul penunjuk perasaan yang tidak bersenjata untuk menyuraikan mereka.

Meriam air telah ditembak ke hospital dan lebih daripada 1,600 orang telah ditangkap. Penggunaan keganasan itu sangat memalukan kerajaan, sekali gus mengesahkan gambaran dalam fikiran ramai orang bahawa Perdana Menteri sememangnya menindas bagi kalangan nasionalisme Melayu dan bukannya seorang liberal reformasi seperti yang beliau dakwa.

Akibat disengat oleh kritikan meluas di media antarabangsa, kerajaan Najib terpaksa memohon maaf terhadap banyak tingkah lakunya.

Kemudiannya, ia memansuhkan banyak undang-undang lapuk dan menindas bagi memenangi semula pengiktirafan reformasinya.

Satu jawatankuasa Parlimen juga telah ditubuhkan untuk mengkaji cadangan bagi reformasi sistem pilihan raya. Ini semua, kemenangan jelas kepada Bersih.

Tahun ini adalah lebih kepada skor seri. Sudah tentu, pada akhir perhimpunan tersebut terdapat satu lagi letusan keganasan dan polis sekali lagi dilihat menggunakan meriam air dan gas pemedih mata terhadap penunjuk perasaan.

Mereka menangkap lebih daripada 400 orang daripada peserta perhimpunan. Sekali lagi terdapat laporan kekejaman polis dan sekali lagi Perdana Menteri perlu membuat penjelasan.

Kali ini Najib merasakan terpaksa memohon maaf secara peribadi kepada seorang wartawan tempatan yang telah dipukul oleh polis (dia adalah salah seorang daripada beberapa orang yang dipukul).

Sekali lagi, adegan buruk ini tidak dapat memperkukuhkan dakwaan Najib untuk menjadi pemimpin berfikiran reformasi yang berbeza.

Bagaimanapun, pada tahun ini terdapat masalah di sebelah Bersih juga. Beberapa penunjuk perasaan telah menyerang dan menterbalikkan sebuah kereta polis dan kira-kira 20 pegawai polis cedera.

Kejadian ini sudah tentu digunakan oleh kerajaan dan membolehkan Najib mendakwa "pihak polis menjadi mangsa. Mereka menjadi sasaran dan telah dipukul."

Pemimpin Bersih, Ambiga Sreenevasan, mengakui bahawa sesetengah orang akan berfikir bahawa "matlamat perhimpunan tersebut telah tersasar" kerana kelakuan tidak terkawal beberapa penunjuk perasaan.

Keganasan yang berlaku mungkin sedikit telah mencemarkan pergerakan yang lebih luas untuk pembaharuan demokratik. Dan Anwar juga perlu menjelaskan perbuatannya.

Dia dirakam kamera video berada berhampiran sekatan polis sedang bercakap dengan salah seorang rakannya; pengkritik mendakwa bahawa dia telah menghasut penyokong untuk mengetepikan halangan. Anwar sendiri berkata ini adalah karut.

Bagaimanapun, adalah jelas bahawa Bersih tidak akan dapat menguasai asas moral yang tinggi - seperti yang mereka lakukan pada tahun lepas.

Kempen untuk reformasi sistem pilihan raya akan berterusan, tetapi Najib muncul daripada pergaduhan tahun ini dengan pengiktirafan reformis beliau yang terus utuh, yang tidak tersangat buruk untuk diguna pakai.

Petikan: Utusan Malaysia

1 comment:

  1. hohhooo....bru aqu fahemm..sblom niey x phm ape bnde pon psl bersih-mersih..kah3!!tq2 /sgt bgune...lpah ni buley bt ag...!

    ReplyDelete

comment please.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...