Konco-konco ku

Monday, June 4, 2012

RIDHUAN TEE: PERMAINAN POLITIK ULTRA-KIASU DAP


RIDHUAN TEE ABDULLAH

Perbincangan mengenai Perdana Menteri (PM) bukan Melayu masih hangat. Pengerusi parti ultra kiasu menegaskan, selagi hidup, beliau akan terus berjuang untuk memastikan seorang bukan Melayu menyandang jawatan PM.

Walaupun agak mustahil, semangat ultra kiasunya tidak pernah luntur. Saya memuji sikap seperti ini. Tetap pendirian dan tidak pernah berputus asa. Adakah sikap ini ada pada kita? Wahai umatku ambillah iktibar. Lanjutan itu, presiden parti ultra kiasu parti komponen Barisan Nasional (ultra kiasu dalam) mencabar ultra kiasu sebenar (luar) dengan berkata, sekiranya pemimpin ultra kiasu ‘potong’ (masuk Islam) sekalipun, beliau tidak akan dapat menjadi PM.

Nampaknya pandangan ultra kiasu dalam ini lebih ekstrem daripada ultra kiasu sebenar. Menggunakan istilah ‘potong’ dan memandang rendah terhadap mereka yang memeluk Islam adalah satu penghinaan.

Saya fikir orang Melayu boleh menerima mereka yang baru ‘potong’ jika ‘si potong’ ini memahami sejarah dan biasa dengan cara hidup Melayu. Mengikut pengalaman saya, mereka yang istilahkan ‘potong’ ini mudah mengadaptasikan cara hidup mereka dengan perkitaran seperti mengamalkan budaya Melayu dan berbahasa Melayu sebagai mana termaktub dalam perlembagaan maksud Melayu itu sendiri, Perkara 160 (2).

Walaupun mereka boleh menjadi ‘Melayu’ tetapi rata-rata mereka tidak mahu menjadi Melayu. Tidak hairanlah jika ada perancangan, memastikan orang Melayu ini tidak ke mana-mana, tidak maju. Jika orang Melayu sudah pandai  berjalan, pastikan orang lain sudah boleh berlari. Maka tidak hairanlah jika rasuah terus berleluasa. Ultra kiasu akan terus menyuap orang Melayu dengan wang haram seperti rasuah, supaya Melayu menjadi malas dan mengamalkan  cara hidup mewah (kaya) seketika dengan jalan pintas.

Jika perkara ini menjadi budaya, maka hancurlah Melayu dan merana di bumi sendiri satu masa nanti. Saya harapkan orang Melayu sedar akan perancangan ini. Oleh itu, saya mengingatkan kepada Melayu yang berkuasa, jangan  mudah terpedaya dengan rasuah yang nikmatnya seketika.

Tindakan tegas mesti diambil terhadap mereka yang menjalankan aktiviti haram seperti penyeludupan dadah dan kelab malam. Beginilah bijaknya ultra kiasu-ultra kiasu luar  dan dalam (Lim dan Chua) berstrategi untuk mencapai matlamat mereka. Nampak bergaduh, tetapi bersatu dalam senyap. Saya melihat pertikaian antara kedua-dua ultra kiasu hanyalah lakonan.

Matlamat sebenarnya adalah untuk  memberikan mesej kepada Umno dan mereka yang berkuasa. Apabila Umno melihat ia sebagai satu ancaman, maka mulalah memberi. Pemberian Umno itulah kemenangan kepada kedua-dua ultra kiasu ini.

Pemimpin ultra kiasu  dalam mencabar parti ultra kiasu luar dengan mempersoalkan adakah mereka akan melantik bukan Melayu memegang jawatan Menteri Kewangan, Pertahanan, Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Pelajaran sekiranya Pakatan Rakyat memerintah kerajaan pusat? Untuk siapakah mesej ini? Perkara tersebut telah dibangkitkan sekian lama.

Sudah tentu isu yang  didebatkan perlu diambil perhatian kerajaan, tidak kiralah siapa pun menang. Kerana mereka tahu kerajaan sekarang dalam keadaan terdesak. Mengimbau kembali perdebatan sebelum ini, isunya berkisar kepada isu pendidikan.

Saya yakin selepas ini isu masih sama, cuma ia akan ditambah dengan perjawatan dalam  kabinet. Perjawatan tersebut melibatkan lebih banyak kuasa. Saya amat mengharapkan debat kali ini akan berlangsung dalam bahasa Melayu atau paling tidak pun bahasa Inggeris berbanding bahasa ibunda, agar rakyat boleh  emahaminya.

Semua sedia maklum bahawa  jawatan penting kabinet di atas, disandang orang Islam sejak sekian lama, walaupun tidak dinafikan beberapa jawatan tersebut ada disandang bukan Melayu selepas merdeka. Mesej semua  ltra kiasu ini adalah, adakah kerajaan akan memberikan posisi jawatan strategi ini kepada mereka melalui permainan politik ini? Umum mengetahui bahawa majoriti kerusi Parlimen di Malaysia adalah dimenangi Umno dan  parti bumiputera yang lain. Sepatutnya Umnolah yang menguasai majoriti kerusi kabinet. Tetapi kerusi menteri dan timbalan menteri tetap diberikan kepada bukan Melayu berasaskan kepada kuota.

Sedangkan kita tahu kerusi  yang  dimenangi bukan Melayu komponen BN ditandingi dalam kawasan majoriti Melayu. Di Kawasan majoriti Cina, parti ultra kiasu akan menang dengan majoriti besar. Maknanya kemenangan parti komponen BN adalah undi ihsan orang Melayu. Sepatutnya, mereka lebih  turut memperjuangkan sedikit agenda Melayu. Ini tidak, mereka menjadi juara ultra kiasu. Agenda bangsa menjadi agenda utama. Bacalah permainan licik ultra kiasu.   

1 comment:

  1. Yang sedihnya melayu sendiri menjadi talibarut ultra kiasu ini. Dengan bangganya membuka pekong sendiri supaya diterjah oleh ultra kiasu. Penyakit busuk hati orang melayu sesama orang melayu tidak habis sejak dari zaman penjajahan lagi. Sekarang ultra kiasu sedang menjajah ekonomi Malaysia. Ultra kiasu ini berusaha pula hendak menjajah politik Malaysia. Itu pun orang melayu yang masih tidak sedar.

    ReplyDelete

comment please.....