Konco-konco ku

Friday, June 8, 2012

ZAHID HAMIDI BERI AMARAN KERAS PADA PEMBANGKANG SEBELUM PRU-13!!!


KUALA LUMPUR, 7 Jun – Kerajaan tidak akan berkompromi dan terus bertindak tegas terhadap sebarang ancaman yang boleh menggugat ketenteraman dan kesejahteraan rakyat, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata segala pencapaian yang dikecapi selama ini tidak harus  dimusnahkan oleh kepentingan jangka pendek pihak-pihak tertentu.

Menteri itu menarik perhatian bahawa sejak akhir-akhir ini, kewibawaan kerajaan cuba dipertikai dan diperlekeh sesetengah kelompok.

“Apa jua halangan yang dihadapi, kerajaan tidak sedikitpun terganggu dengan apa yang ditimbulkan, malah akan tetap fokus bagi mencapai objektif yang ditetapkan,” katanya ketika berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Pertahanan di sini hari ini.

Ahmad Zahid menegaskan negara mungkin kalah dalam persaingan sekiranya terbelenggu dengan masalah serta perbalahan yang tiada hujungnya.

Beliau berkata kerajaan sentiasa mendengar denyut nadi rakyat dan sentiasa berusaha untuk memperbaiki kehidupan mereka serta faham bahawa era ?kerajaan tahu semua? sudah berakhir.

Menurutnya, perubahan yang diterajui kerajaan dapat dilihat antara lain di bidang ekonomi, perkhidmatan kerajaan, pendidikan, pengangkutan, prasarana luar bandar selain usaha mengurangkan kemiskinan, menurunkan kadar jenayah dan rasuah serta menurunkan kos sara hidup.

Turut dilakukan ialah memansuhkan undang-undang keselamatan lapuk, memperkenal langkah baru ke arah kebebasan media serta memperbaiki proses pilihan raya, katanya.

Ahmad Zahid berkata mandat rakyat kepada kerajaan persekutuan pada pilihan raya umum akan datang amat penting bagi meneruskan pelaksanaan  setiap program transformasi yang dirancang.

“Rakyat perlu bijak menilai janji serta cadangan pihak tertentu (pembangkang) dalam menghadapi pilihan raya umum kerana jelas apa yang dikemukakan itu lebih bersifat populis, tidak realistik serta diragui,” katanya.-UMNO-ONLINE

No comments:

Post a Comment

comment please.....