Konco-konco ku

Monday, June 11, 2012

RAFIZI MENGAMUK PTPTN PADA UNISEL DITERUSKAN!!!


Isu pembekukan pinjaman antara PTPTN dan Unisel kita anggp dah selesai, namun aku sebagai SU Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) Selangor menasihatkan kerajaan negeri yang diterajui Parti Keadilan Rakyat (PKR) negeri ini supaya bersyukur dan tidak menunding jari menyalahkan Kerajaan Pusat berhubung pembekuan pinjaman pelajaran kepada pelajar baru Universiti Selangor (Unisel).

Sungguhpun Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah menarik balik pembekuan pinjaman tersebut semalam, namun tindakan kerajaan negeri menyalahkan Kerajaan Pusat dan perbadanan itu dalam isu berkenaan sebelum ini telah 'membuka pekung' pakatan pembangkang sendiri, pada aku pakatan pembangkang sebenarnya gagal dalam mentadbir urus negeri Selangor.

 Mereka harus sedar, langkah PTPTN membekukan sementara pinjaman kepada pelajar baru Unisel adalah untuk memberi 'peluang' kepada kerajaan negeri termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk melaksanakan pendidikan percuma seperti mana yang dijanjikan, yang diperjuangkan mereka sejak akhir-akhir ini.

Selepas PTPTN mengumumkan akan membekukan pinjaman kepada Unisel dan KUIS, sepatutnya pakatan pembangkang harus segera berterima kasih kepada kepada Kerajaan Pusat dan PTPTN kerana memberi ruang dan peluang yang terbaik untuk mereka melaksanakan janji untuk memberikan pendidikan percuma di Selangor khususnya di Unisel dan Kuis yang dimiliki mereka.

Namun aku kesal kerana pakatan pembangkang bukan sahaja tidak berterima kasih kepada kerajaan pusat dan PTPTN sebaliknya mereka mengecam Kerajaan Pusat dan PTPTN pula. Jelas memperlihatkan sikap sebenar pakatan pembangkang yang hanya membuat janji dan omong-omong kosong kerana gagal merealisasikan pendidikan percuma.

Selepas PTPTN telah menarik balik pembekuan pinjaman kepada pelajar baru Unisel dan Kuis, pakatan pembangkang harus menghargai keputusan PTPTN itu, kerana, kecaman mereka terhadap kepada Kerajaan Pusat dan PTPTN sebelum ini menunjukkan mereka sedar akan kepentingan PTPTN itu.

Kerajaan Kejam

Aku pun heran dengan bengang dengan kenyataan Menteri Besar Selangorku, Tan Sri Abdul Khalid semalam yang menuduh Kerajaan Pusat dan PTPTN menganiaya pelajar Unisel berhubung pembekuan pinjaman pelajaran tersebut sebelum ini.

Dia sedap-sedap mulut jer kata orang aniaya pelajar, dia dah lupa dengan tindakan kejam dia terhadap pelajar di IKYS dan rampatan tanah YBK yang sepatutnya didirikan UiTM Serendah? Khalid tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian kerana kerajaan negeri pernah berjanji untuk memberikan pendidikan percuma kepada rakyat di negeri ini.

Kalau Menteri Besar nak bercakap dalam soal teraniaya, mereka sebenarnya telah menganiaya rakyat negeri ini apabila menutup Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) pada tahun 2010 selain menghalang Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) membina kampus UiTM (Universiti Teknologi Mara) di Serendah pada tahun yang sama.

Apakah kerajaan negeri sudah lupa mengenai penganiayaan yang telah dilakukan mereka dengan menutup peluang pendidikan kepada rakyat di Selangor. Aku nak bertanya juga dan mencabar mencabar Khalid Ibrahim untuk mengemukakan bentuk bantuan pendidikan yang akan diberikan kepada pelajar Unisel menerusi cadangan kerajaan negeri untuk mencairkan aset universiti itu.

Pendidikan Percuma @ Pinjaman

Khalid dalam satu kenyataan semalam menyatakan akan mengapungkan 200 hektar tanah milik Unisel untuk membantu pengajian para pelajar universiti berkenaan. Khalid tidak menyatakan secara jelas bentuk bantuan tersebut sama ada ia akan melibatkan pembiayaan penuh atau pinjaman kerajaan negeri kepada para pelajar Unisel hasil daripada pengapungan aset berkenaan.

Kita cabar Menteri Besar nyatakan secara jelas mengenai bantuan ini. Jika bantuan itu berbentuk pinjaman, maka kerajaan negeri jelas tidakberniat untuk memberi pendidikan percuma seperti mana yang dijanjikan.

No comments:

Post a Comment

comment please.....